Universiti
Malaysia Sabah: Pesta Tamu Gadang yang berlangsung selama seminggu telah
melabuhkan tirainya dengan penganjuran program “Cycling For Health” yang
dianjurkan di Padang Kawad UMS baru-baru ini. program yang dianjurkan oleh
Majlis Perwakilan Pelajar UMS dengan kerjasama pelajar Sains Sukan mendapat
sambutan baik apabila mendapat penyertaan lebih 100 peserta pada malam cabaran
tersebut. program yang buat julung kalinya diadakan di UMS ini telah menarik
penyertaan beberapa kelab berbasikal seluruh Sabah. Antara kelab yang terlibat
ialah E66 Cycling Team, GP Raider, 88 Bikers Centre, Pridel Shop dan Ecc Lahad
Datu.
Menurut
penasihat program, Dr. Mohamad Nizam Nazarudin, program ini bukan sahaja
bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui sukan berbasikal, malah
turut mempromosikan kawasan UMS sebagai lokasi unik untuk berbasikal kerana
permukaan muka buminya yang berbukit mampu memberi cabaran kepada peserta sukan
berbasikal.
Terdapat
dua kategori yang dipertandingkan iaitu basikal paling bergaya dan juga pakaian
paling bergaya.
Bagi
kategori basikal paling bergaya dimenangi oleh Sam John dari kelab E66 Cycling
Team, sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100, pingat, hamper
beserta sijil penyertaan. Tean Fan Yung pula terpaksa berpuas hati di tempat
kedua dengan membawa pulang wang tunai RM 50, hamper, pingat beserta sijil.
Bagi
kategori pakaian paling bergaya, Mohd Suhaidzan telah berjaya menawan hati para
juri dengan dinobatkan sebagai juara bagi kategori tersebut, manakala Richie
Lionel Addy pula muncul naib johan. Pemenang masing-masing membawa pulang wang
tunai, sijil, pingat dan hamper.
By:Brainiker
Anak Telajan (BC12110022)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan