Pada
16 dan 17 Disember 2013, Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan Festival
Skrin Digital bertempat di Theatre Ahmad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni (SPS). Sebanyak
18 buah filem telah ditayangkan dalam tempoh dua hari festival berlangsung.
Filem-filem yang dipertandingkan ini mempunyai kekuatan masing-masing
berdasarkan genre yang dibawa. Genre-genre yang dibawa ialah seram, cinta dan
komedi. Filem-filem yang ditayangkan ini merupakan rekaan daripada para pelajar
sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan ketara dalam filem-filem
yang dipertandingkan ini.
Berdasarkan
pemerhatian saya, kelemahan ketara dapat dilihat dalam filem ‘Syahmat’.
Kelemahan yang pertama ialah dari segi penceritaannya. Filem ini merupakan,
filem aksi yang mampu menarik minat para remaja terutamanya pelajar di
Universiti Malaysia Sabah. Namun begitu, filem ini gagal menambat hati penonton
kerana jalan ceritanya yang sedikit hambar. Hal ini terjadi kerana, filem ini
hanya berfokus kepada aksi perlawanan dan kurang melontarkan dialog dalam
lakonan. Hal ini menyukarkan penonton untuk memahami mesej yang disampaikan
dalam lakonan tersebut.
Seterusnya, latar tempat pengambaran juga
dilihat kurang menarik. Sebagai contohnya, ‘scene’ perlawanan antara pelakon
dalam filem ini, bersifat setempat dan tidak menonjol. Hal ini menyebabkan
penonton menjadi mudah bosan. Disamping itu juga, struktur cerita yang di
lakonkan seolah-olah boleh dibaca oleh penonton. Hal ini telah menghilangkan
unsur ‘suspen’ dalam sesebuah cerita dan menyebabkan penonton hilang minat
untuk terus menontonnya.
Filem
aksi sentiasa mendapat tempat dihati golongan muda terutama remaja. Oleh itu,
percubaan Black Queen Production untuk menghasilkan filem bergenre aksi iaitu
‘Syahmat’ adalah tepat. Namun begitu, beberapa kelemahan ini perlu diperbaiki
bagi meningkatkan mutu dalam filem yang dihasilkan.
By:
Nor Amiza Binti Abdul Wahab (BC12110010)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan