PENGENALAN
PERIBAHASA
Peribahasa merupakan
ungkapan tradisional yang menjadi percakapan dalam kehidupan seharian dan
mengandungi maksud dan mesej yang tersendiri. Peribahasa dapat dibahagikan
kepada empat iaitu pepatah,perumpamaan,kiasan ibarat dan lidah pendeta.
Menurut tokoh sastera yang terkenal iaitu Za’ba
peribahasa ialah susunan kata yang pendek mengandungi makna yang
luas,mengandungi kebenaran,sedap didengar dan bijak perkataannya.
Ciri-ciri peribahasa yang
sangat ketara ialah mengandungi susunan ayat yang pendek dan rinkas sahaja
tetapi mengandungi mesej yang tersendiri. Selain itu,peribahasa juga merupakan
pemilihan kata yang bijak . Hal ini demikian kerana, untuk menggunakan
peribahasa dalam komunikasi memerlukan kreativiti dalam menyusun ayat agar
mesej dapat sampai dengan jelas kepada individu lain.
Selain itu,peribahasa
mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu sebagai alat komunikasi formal ataupun
tidak formal. Menerusi peribahasa diselitkan unsur-unsur sindiran,kritikan
ataupun teguran. Hal ini demikian kerana, manusia lebih mudah menerima teguran
daripada di kritik secara langsung. Dengan menggunakan peribahasa individu
dapat menerima dan menegur dengan mudah
tanpa mengguris hati mana-mana pihak.
Fungsi seterusnya ialah,
sebagai alat kawalan sosial dan sebagai ubat penawar untuk individu yang
menghadapi ganguan emosi. Hal ini demikian kerana, ayat dan kata-kata dalam
peribahasa mengandungi susunan kata yang baik dan halus serta mampu menepis
sebarang kata-kata yang tidak sesuai untuk dijadikan sebagai ucapan harian.
Sekian.
PERIBAHASA:
1. Dengar
cakap enggang, makan buah beluluk,
Dengar
cakap orang, terjun masuk lubuk.
Maksudnya: sesuatu
pekerjaan hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan
jangan sesekali mendengar cakap orang.
2. Dek
sukar berkampuk ijuk,
Nan
adat diturut juga.
Maksudnya: adat yang tidak
boleh ditinggalkan walaupun hidup melarat.
(ijuk= bertudung atau
berselimut)
3. Dikulum
menjadi manikin,
Dimuntah
menjadi sekam.
Maksudnya: diam itu lebih baik
daripada berkata-kata.
4. Walau
disepuh emas lancing, kilat tembaga nampak juga.
Maksudnya:
bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadap kelihatan juga perangainya
yang kurang baik.
5. Walau
ikan diam di tujuh lautan sekalipun,
Termasuk
ke dalam pukat juga.
Maksudnya: sepandai-pandai
orang ada kalanya susah juga.
6. Yang
disuruh tenggelam,
Yang
menyuruh pun tenggelam.
Maksudnya: orang yang malas disuruh mengawasi
orang yang lebih malas,
Akhirnya sia-sia belaka.
7. Yang
hampa biar terbang,
Yang
bernas biar tinggal.
Maksudnya: yang tidak berguna biarlah hilang
dan yang baik biarlah tinggal.
8. Laksana
pencalang tersarat,
Tiada
ke timur tiada ke barat.
Maksudnya: orang yang sudah berpakaian cantik,
tetapi duduk di dalam rumah sahaja.
(pencalang= perahu besar
yang utk memuatkan barang-barang)
9. Lepas
tipan (taufan) paksa baik.
Maksudnya: habis kesusahan
timbullah kebaikannya.
(paksa= waktu)
10. Lupa
ketinggalan,terlelap kemalingan.
Maksudnya: kurang
hati-hati melibatkan kerugian.
(kemalingan= kecurian)
11. Cerdik
elang,binggung sekikih,
Lamun
murai terkecoh juga.
Maksudnya: biarpun cerdik
atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu
menanggung rugi.
(sekikih = sejenis enggang
kecil)
12. Degar-degar
merapati
Maksudnya: perselisihan
antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan.
(degar-degar = bunyi kayu
dipukul)
13. Diimbau
berbunyi, dilihat bersua.
Maksudnya: kebenaran yang
tidak dapat dibantah.
(diimabau = dipanggil)
14. Dikacak
betis sudah bak betis,
Dikacak
lengan sudah bak lengam.
Maksudnya: orang yang
menyangka dirinya sudah kuat ( tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu
meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong.
(dikacak = dipegang)
15. Dipujuk
dia menangis, ditendang dia tertawa.
Maksudnya: perangai yang
tidak senonoh.
16. Disangkakan
langit itu rendah, dipandang itu rendah tetapi dicapai tidak dapat.
Maksudnya; sesuatu
pekerjaan hendaklah icuba membuatnya terlebih dahulu sebelum dikatakan mudah
atau susah.
17.
Lalang terbakar, sicerek
menumpang mati.
Maksudnya: terlibat dalam
urusan orang lain, mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain.
(sicerek = sejenis
tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang)
18. Lebih
baik seekor singa di padang yang luas, berbanding seekor ular di dalam rumput.
Maksudnya: lebih baik
musuh besar didalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.
19. Lurus-lurus
ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.
Maksudnya; orang yang
sudah biasa berbuat jahat itu sekali sekali akan berbalik juga hatinya hendak
berbuat jahat.
20. Lunak
gigi daripada lidahnya.
Maksudnya; merendahkan
diri atau bersikap lemah lembut.
21. Cekarau
besar liang.
Maksudya: besar bualannya
dan suka membuka rahsia orang.
( cekarau = sejenis
tumbuhan yang di air yang besar batangnya)
22. Cacing
menelan naga.
Maksudnya: anak orang bangsawan
diperisteri oleh orang kebanyakkan; orang berkuasa dapat dialah oleh orang yang
lemah.
23. Dengarkan
cerita burung, anak yang dipangku dilepaskan.
Maksudnya: kerana
mendengarkan tutur manis orang, pekerjaan sendiri dilepaskan.
24. Dimana
batang terguling, disitulah tumbuhnya cendawan.
Maksudnya: dimana timbul
masalah, disitulah diselesaikan.
25. Duduk
seperti kucing, melompat seperti harimau.
Maksudnya: orang pendiam
yang tangkas bekerja dab berfikir.
KESIMPULAN
Berdasarkan maklumat yang
saya perolehi, peribahasa merupakan ungkapan tradisional yang telah lama wujud
dalam pertuturan harian dalam sesebuah masyarakat. Setiap kelompok masyarakat
mempunyai peribahasa yang tersendiri mengikut dialek bahasa masing-masing.
Sebagai contohnya, dalam dialek Kelantan,Kedah,Jawa,Indonesia dan lain-lain lagi.
Walaupun peribahasa yang dituturkan berbeza bunyinya,namun tujuannya tetap sama
iaitu sebagai sindiran, teguran serta nasihat.
Keunikan peribahasa ialah
mengandungi baris-baris kata yang sedap dan halus. Menerusi kata-kata ini,
memperlihatkan bahawa peribahasa merupakan pemilihan kata yang bijak dan telah
berakar umbi sejak zaman silam lagi.
kesimpulannya,peribahasa
melambangkan kekuasaan dan kebijaksaan individu dalam mengatur perbualan agar
tidak mengguris hati mana-mana pihak. Dengan ini,fungsi peribahasa amat tepat
untuk menegur,mengkritik dan menyampaikan luahan perasaan dalam keadaan yang
santai. Oleh itu, walaupun telah banyak peribahasa baru yang dicipta kita
seharusnya mementingkan isi dan nilai yang ada dalam peribahasa agar tidak
mendorong kepada kerosakan bahasa kerana peribahasa merupakan warisan sejak
zaman silam.
By: AMIN BIN ZAHARIMAN (BC12110010)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan