KAIN SONGKET, KAIN PERCA
I
Kisahku
sama seperti dalam cerita Antara Dua Darjat, mungkin juga sama dengan kisah
cinta Si Penarik Beca tapi kisahku bukan tentang cinta antara lelaki dan wanita
tetapi kisahku tentang cintaku buat sahabatku Fahmi. Fahmi seorang anak orang
kaya yang buta, aku pula si miskin yang menjadi teman setianya. Segala-galanya
bermula atas dasar persahabatan.
“Tolong…tolong…tolong…”
Suara sayu meminta pertolongan.
“
Kenapa ini, lain kali berhati-hatilah..disini memang banyak peragut”. Nasihatku
kepada seorang remaja seusia denganku yang cacat penglihatannya.
“
Terima kasih, namaku Fahmi” Sambil tangan dihulurkan untuk berjabat.
“
Sama-sama, namaku pula Leman..aku bekerja di pasar depan tu.”
Sejak
dari hari itu, kami sering bertemu dan berkongsi segala masalah bersama-sama.
II
Leman
dan Fahmi selalu berjumpa dilorong belakang pasar berdekatan dengan tempat
Leman bekerja.
Kau
beruntung Leman..kau dapat lihat dunia ini dan hayati keindahan dunia
ini..sedang aku hanya dapat mendengar tanpa dapat melihat apa-apa.” Kata Fahmi
kepadaku.
“
Benar, aku sememangnya dapat melihat dunia, tetapi hatiku seakan-akan kelam
apabila melihat kesengsaraan dihadapan mataku. Kemiskinan membuatkan hidupku
menjadi gelap. Aku seperti seorang yang buta, tiada arah tuju hidupku, malah
aku tidak pernah mengenali siapakah ibu dan juga bapaku. Kemiskinan memisahkan
aku dengan ibu dan bapa kandungku. Untuk apa dapat melihat, jika setiap yang
dilihat hanyalah kesedihan semata-mata. Kalau diberi pilihan, aku mahu jadi
sepertimu Fahmi. Biar gelap dimata tetapi hidupmu diterangi oleh cahaya
kemewahan sehingga kau tidak mengenali apa itu kesengsaraan.”
“
Itu Cuma perasaanmu sahaja, miskin atau kaya sama sahaja Leman, tiada bezanya.”
Jawab Fahmi sambil duduk di tepi longkang bersama temannya.
“
Kau silap Fahmi, jika mata kau dapat melihat..pasti kau akan tahu betapa
jauhnya jurang diantara kita dan barangkali kau juga tidak akan pernah mengakui
bahawa aku ini temanmu.”
III
“ Fahmi, nanti ikut papa pergi ke hospital untuk
buat pemeriksaan mata. Kata kawan papa, Dr. Helmi itu seorang pakar mata yang
terkenal.” Jelas Datuk Kamaruddin kepada anak tunggalnya sambil mengusap-usap
kepala anaknya itu.
Fahmi
sangat gembira mendengar berita itu dan terus memeluk papanya.
IV
“ Kau baru pulang? Kemana sahaja kau merayap?”
Sergah Encik Fuad kepada anak angkatnya itu.
“
Leee..le..mmman..Leman, jumpa kawan tadi, tu yang balik lambat sedikit.”
Adik
terus menangis ketakutan kerana terkejut mendengar suara ayah yang kuat seperti
petir itu. Aku terus pergi memeluk adik bagi memujuknya supaya tidak menangis
lagi. Ayah angkatku yang ku anggap seperti ayah sendiri itu bukanlah seorang
yang kejam tetapi kesempitan hidup membuatkan ayah tertekan. Aku cuba untuk
memahami keadaan ayah dan ibu angkatku. Pernah terdetik dalam hatiku, kalaulah
aku kaya pasti ini semua tidak akan berlaku dan kebahagiaan pasti sentiasa
memburuku.
V
“ Apa yang kau tercegat lagi?!! Cepat angkat
barang-barang tu, nanti lambat pula sampai rumah.” Marah ayah setelah aku
berhenti agak lama apabila melihat rumah yang besar itu.
Mataku tidak pernah berhenti daripada melihat
rumah agam itu. Besarnya bagaikan istana. Indahnya..cantiknya! Yang pastinya,
ramai orang diperkarangan rumah itu, bagaikan ada majlis kenduri disitu. Ingin
sahaja aku berhenti dan menjamah semua makanan yang ada disitu. Bau-bauan
makanan itu cukup membuka seleraku. Makanan orang kaya pastinya sedap-sedap
belaka, aku bosan makan ikan masin dan kicap!
VI
Suasana
di pasar malam yang sesak menemukan aku pada satu kelibat. Ya, kelibat itu
seperti seseorang yang pernah aku kenal. Fahmi!!!
“Fahmi.”
Jeritku.
Fahmi
terus datang menghampiriku.
“
Siapa kamu, bagaimana kamu tahu namaku?” Jawab si anak orang kaya itu, yang
pastinya kini dia tidak lagi buta.
“
Aku Leman..aku temanmu, apakah kau sudah lupa padaku?”
“
Jadi.. kamu ini Leman? Mana mungkin aku lupa pada mu.” Jawab Fahmi sambil
memelukku.
“
Tapi kemana saja kamu menghilang? Saya selalu menunggu kamu di tempat yang kita
selalu jumpa itu tetapi kamu tidak datang.” Jelas Fahmi lagi.
“
Aku sibuk sekarang, kena tolong ayahku dipasar lagipun kami tak meniaga
ditempat lama..ni tempat baru kami, jadi kalau ada apa-apa kau datang je cari aku kat sini.” Sambil tanganku
ligat menimbang ikan yang diminta oleh pelanggan.
VII
Semasa
aku sedang mengemas barang-barang untuk pulang, Fahmi datang menghampiriku.
“
Leman, jom ikut aku pulang ke rumah, aku nak kenalkan kau pada papa dan mama
aku.” Ajak Fahmi dengan beria-ria.
Aku
sudah tentu tidak akan menolak permintaan kawan baikku ini kerana aku ingin
sekali melihat bagaimana mewahnya hidup sebagai anak orang kaya.
“Tapi..baju
aku kotorlah..bau hanyir ikan, seganlah aku nak pergi rumah kau dalam keadaan
macam ni..nanti apa pula kata mama dan papa kau?” Aku cuba menolak.
Alangkah
terkejutnya aku, apabila ternyata rumah agam yang aku selalu lihat itu rupanya
rumah Fahmi. Impianku untuk masuk ke dalam rumah itu akhirnya menjadi realiti.
Teruja! Itulah perasaan pertama yang menyelinap dalam hatiku saat pertama kali
ku melangkah masuk ke dalam rumah itu. Aku terus terfikir, kalau aku kaya pasti
semua keinginan adikku, aku turuti. Aku akan belikan semua mainan kesukaan
adikku tanpa perlu dia bermain dengan ranting-ranting kayu atau batu yang dia
imaginasikan menjadi sesuatu yang tidak terjangkau oleh fikiranku. Kesian
adikku.
“
Kamu siapa?” Sapa seorang lelaki yang berpakaian kemas beserta kemeja dan tali
leher yang ku kira ayah kepada Fahmi.
“
Saya Leman, kawan Fahmi.” Tanganku hulur untuk berjabat.
Kedatanganku
ke rumah Fahmi disambut dengan baik oleh kedua ibu bapanya. Sejak dari hari
itu, hubungan persahabatan kami menjadi semakin rapat.
VIII
Semasa
sedang asyik berbual-bual dibawah pohon mangga di hadapan rumah Fahmi,
tiba-tiba dia mengeluarkan sepucuk surat dan yang pasti aku tidak tahu apa isi
kandungan surat itu biarpun Fahmi menyuruh aku untuk membacanya kerana aku
sebenarnya tidak tahu membaca dalam erti kata lain buta huruf.
“
Apa isi surat itu, kenapa kau kelihatan sungguh gembira apabila memberikan
surat itu kepadaku?”
“
Bacalah.” Jawab Fahmi ringkas sambil memberikan semula kertas itu kepadaku.
Lama
aku tenung kertas itu dan akhirnya aku terpaksa memberitahu sahabatku perkara
yang sebenarnya, kerana aku juga ingin tahu isi kandungan surat itu.
“
Sebenarnya, aku tak tahu membaca.” Jelasku sambil tertunduk malu.
Aku
sememangnya tidak pernah kenal apa itu A,B,C. Dari kecil aku diajar untuk
mengira sahaja bagi menolong ayah meniaga dipasar. Tanganku tak pernah
berpeluang untuk menulis dan mataku tak pernah berkesempatan untuk mengenal
huruf. Aku tidak pernah berpeluang juga untuk memakai baju sekolah, malah juga
tidak punya kesempatan untuk ke sekolah. Aku dilahirkan untuk berkerja.
Tanganku keras, badanku juga tidak seperti budak yang seusia denganku, berurat
sana sini seperti seorang lelaki dewasa yang sudah punya cahaya mata.
Tanggungjawab mencari nafkah telah ku pikul sejak lahirnya aku didunia ini. Aku
sebenarnya teringin untuk bersekolah seperti teman-teman yang seusia denganku.
Fahmi
menjadi sedih apabila mendengar keluhan daripada sahabatnya itu, walaupun Leman
nampak tenang dan bersahaja selepas meluahkan isi hatinya.
“
Sebenarnya, keluargaku ingin berpindah ke New Zealand. Jadi surat ini aku tulis
untuk memberitahu kau tentang hal itu.” Jelas Fahmi lagi.
“
Maksudnya, kau dah tak tinggal di sini lagi?”
“
Ya.” Jawab Fahmi ringkas.
IX
Pada
malam yang dingin itu, aku termenung mengingatkan kata-kata Fahmi bahawa dia
akan berpindah. Macam-macam perkara yang aku fikirkan. Segala-galanya
berlegar-legar difikiranku. Aku tak punya kawan lagi, Fahmi satu-satunya
sahabat aku kerana aku tak punya lebihan waktu untuk berseronok-seronok atau
melepak-lepak seperti remaja yang lain. Hidupku di bebani dengan tanggungjawab,
aku perlu bekerja.
X
“ Bila keluarga kamu akan berpindah ke New
Zealand?” Tanyaku kepada Fahmi sambil melihat anak-anak kecil berlari-larian di
taman permainan.
“
Lambat lagi..kata papaku lagi 6 bulan sebab masih ada banyak perkara yang perlu
diselesaikan.” Jawab Fahmi dengan tenang.
“
Seronoknya dapat pergi ke luar negara, untungnya hidup kau..tapi sebelum kau
pergi aku ada satu permintaan.”
“
Apa permintaannya?” Tanya Fahmi ingin tahu.
“
Kau tolong ajarkan aku menulis dan membaca! Sebab nanti kalau aku dah pandai
membaca, bolehlah kita berbalas-balas surat.” Kataku penuh harapan.
“
Boleh, itu perkara kecil sahaja. Aku akan ajar sampai kau pandai. Selagi kau
tak pandai menulis dan membaca aku tak akan pergi ke New Zealand.” Jelas Fahmi
sambil menepuk-nepuk bahuku.
XI
Sejak
dari hari itu, setiap petang setelah selesai berniaga aku akan ke rumah
sahabatku Fahmi untuk belajar membaca dan menulis dengannya. Sangat sukar untuk
tangan yang biasanya menimbang dan mengangkat tong-tong ikan, tiba-tiba disuruh
untuk memegang pensel. Kekok! Kadang-kadang aku terasa ingin mengalah sahaja
dan tidak mahu belajar lagi.
“
Cuba kau baca tajuk akhbar hari ini.” Arah Fahmi sambil memberikan surat khabar
itu kepadaku.
“
Pennn..nn..deraaaaann..kaaa..nak..kaaa..nak..penderaan kanak-kanak! Aku dah
boleh membaca! Terima kasih banyak sahabatku, kerana dah membantu aku sejauh
ini.
XII
Pada
hari itu, aku dan Fahmi hanya terdiam tanpa sepatah kata keluar dari mulut
kami. Aku tahu dia juga sedih untuk meninggalkan aku. Kami hanya berbalas
pandangan dan daripada pandangan matanya itu telah menjelaskan segala-galanya
tanpa perlu kami berbicara. Kesedihan menghalang kami untuk berbicara, sebak
mula merebak di seluruh tubuhku hingga aku tak mampu lagi untuk terus menunggu.
Fahmi berpakaian kemas dengan kasut Adidas dan lengkap berbaju sejuk terus
melangkah masuk kedalam kereta. Aku pula hanya berseluar jeans lusuh yang sudah
koyak dan baju t-shirt hijau yang warnanya sudah luntur beserta selipar jepun.
Badanku yang kurus melidi itu, tetap setia berdiri ditepi tingkap kereta
mewahnya. Aku merenung tajam wajah sahabatku dibalik cermin kereta yang memisahkan
kami dan airmataku terus mengalir dengan lebatnya tanpa sempat ku tahan.
Airmataku yang menitis, aku lapkan pada baju yang kupakai itu. Akhirnya kereta
mewah itu pun meluncur laju meninggalkan aku keseorangan diperkarangan
rumahnya. Padaku dia adalah sahabatku dan dia tinggalkan aku dengan harta yang
tidak ternilai iaitu ilmu hingga aku pandai membaca dan menulis. Dia juga telah
tinggalkan aku dengan kenangan yang tak dapat ku kutip dimana-mana perhentian.
Aku si kain perca akan setia menunggu kepulanganmu si songket, sampai hujung
nafasku. Itulah sahaja kisah persahabatan diantara dua darjat yang ku namakan
sebagai Kain Songket, Kain Perca.
Sekian.
By
: Nor Amiza Binti Abdul Wahab.
BC
12110102
Tiada ulasan:
Catat Ulasan