Halaman

Selasa, 3 Disember 2013

Provokasi dalam Penulisan, Keselamatan Malaysia Tergugat


Sembang kopi yang diadakan diberi tajuk Provokasi dalam penulisan, keselamatan Malaysia tergugat telah dihadiri oleh tiga orang panel iaitu En.Shaharuddin dari pegawai Kebudayaan dan Kesenian Universiti Malaysia Sabah, panel kedua ialah En. Sharil Shah iaitu Pegawai Keselamatan Universiti Malaysia Sabah dan panel yang ketiga Muhammad Juhar Bin Harun selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah sesi 2012/2013. Moderator sembang kopi ialah Mahani Binti Majid. Pertama sekali, membincangkan tentang definisi provokasi, iaitu lebih kepada hasutan dan bila diadaptasikan dalam penulisan dianggap sebagai fitnah. Kebanyakkannya provokasi lebih bersifat kearah perkara yang negatif berbanding positif. Jikalau provokasi yang dikaitkan dengan dunia seni ialah provokasi antara artis yang mungkin boleh mencetus pergaduhan tersebut manakala jikalau provokasi dalam negara pula akan menyebabkan keselamatan negara tergugat. Contohnya melalui pencerobohan di Lahad Datu baru-baru ini menyebabkan masyarakat takut untuk keluar walaupun jarak diantara Kota Kinabalu dengan Lahad Datu sangat jauh, disebabkan provokasi yang disebarkan melalui facebook, mesej dan sebagainya. Kebanyakkan maklumat yang diuar-uarkan belum pasti benar. Buktinya sehingga Kampus Sandakan akan ditutup sementara walaupun pihak keselamatan sudah memaklumkan bahawa kawasan Sandakan selamat tetapi disebabkan provokasi mereka merasa keselamatan terancam.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, provokasi lebih cenderung kearah perasan marah. Dalam penulisan provokasi itu wujud apabila penulisan meluahkan rasa marah, tidak puas hati,sedih dalam penulisan. Memang wujud provokasi dalam penulisan hari ini. Melalui provokasi juga orang ramai mudah percaya. Tindakan yang sewajarnya ialah perlu mendapat kesahihan daripada pihak berkuasa. Hal ini boleh mempengaruhi pembaca melalui provokasi dalam penulisan. Oleh itu perlulah berhati-hati terutama dalam penulisan.
Sejauh mana provokasi boleh mengugat keselamatan dalam kalangan mahasiswa sendiri? Contohnya dalam isu Lahad Datu sekali lagi, provokasi antara pelajar itu sendiri yang membuat cerita kononnya pengganas sudah berada di kawasan 1 Borneo dan perumahan Usia. Oleh itu, sesiapa yang mendengar sudah takut untuk pergi ke 1 Borneo dan balik ke Usia. Mereka terpaksa bermalam di bilik kawan-kawan kerana takut akan dibom oleh pengganas. Hal ini menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar sendiri. Malah, bukan sahaja pelajar tapi pihak keseamatan juga perlu berjaga di kawasan tersebut. Provokasi yang tidak pasti kesahihan ini akan menyusahkan ramai pihak. Oleh itu sebagai mahasiswa haruslah fikir secara intelektual.
Kesan daripada provokasi ini para pelajar menjadi semakin takut dan mereka risau keselamatan mereka tergugat. Tambahan pula, bagi pelajar-pelajar yang datang dari Semenanjung Malaysia, pastinya ibu bapa mereka khuatir dengan keadaan anak-anak mereka apabila terdapat provokasi-provokasi dari wartawan yang tidak bertauliah ini menyebarkan cerita-cerita yang tidak benar. Selain itu, kesan provokasi juga hilang rasa kepercayaan dari orang ramai dan juga pihak berkuasa. Bagi pelajar yang sering mewujudkan provokasi pula akan hilang sifat intelektual apabila sering menyebarkan cerita-cerita yang tidak benar. Kesimpulannya, sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi haruslah mempunyai pemikiran yang lebih intelektual dan tidak mewujudkan provokasi.

By: Nur Hawani Binti Ya’kob (BC12110124)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan