UNIVERSITI MALAYSIA SABAH,
26 NOVEMBER 2013. Sekolah pengajian Seni telah mengadakan sembang kopi yang
bertajuk ‘Dialog Orang Seni’ yang diadakan di Theattre Ahmad Nisfu pada Jumaat
yang lalu selama 3 jam. Program ini dijalankan oleh pelajar tahun 2 kluster
Penulisan yang dibawa seliaan En. Lokman Abdul Samad atau lebih dikenali dengan
Cikgu Don. Mereka telah menjemput wakil pensyarah dari UITM iaitu Prof. Madya
En. Suwaid Tapa dan wakil dari Yadeim iaitu. Program ini dijalankan bagi membuka
ruang dan peluang untuk anak seni mengetahui dan mempersoalkan kepada ahli
panel bahawa haruskah seni dalam sesebuah kehidupan. Ternyata segala benda yang
dilakukan kita pada hari ini adalah seni. Menurut, Prof Madya Suwaid Tapa yang
seni itu ada dimana-mana malah cara percakapan, pergerakan badan dan benda yang
disekiling kita tidak akan lahir tanpa adanya seni. Maka dengan itu, seni
merupakan medium penting dalam sesebuah kehidupan. Program ini dilakukan juga
kerana untuk menyedarkan pandagan orang lain yang beranggapan bahawa seni
adalah untuk berteater, menari, menyanyi dan melukis kerana seni telah lahir
dalam setiap diri manusia. Menurut panel lagi, kehidupan lebih indah dan
harmoni dengan adanya seni. Perkara yang paling penting ialah cara menyampaikan
seni haruslah betul supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat lain tentang
seni yang beranggap seni adalah hiburan sahaja dengan mengamalkan etika,
disiplin dan peribadi yang baik. Malah, ramai yang beranggapan orang yang
menceburi bidang seni tiada masa depan yang cerah berbanding di bidang lain.
Menurut ahli panel juga, kini banyak peluang pekerjaan dalam bidang seni
seperti di Istana kebudayaan, RTM, FINAS, muzium kebudayaan yang terdapat di
banyak negeri di Malaysia.
By: Nur Hawani Binti Ya’kob
(BC12110124)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan