SEHANGAT KOPI
“Adik balik..! mak suruh balik makan tengahari kau ni kalau
dapat main dan jumpa kawan-kawan kau tak ingat nak balik makan kan.?! “aku ni hari-hari
kena jemput kau balik, Kau ingat aku tak ada kerja lain ke..?’’ Kau balik
sekarang..!”
“Wei
Alif, aku rasa baik kau balik sekarang. Aku tengok akak kau tu macam dah
betul-betul marah tu”
Eta
merupakan seorang kakak yang tegas tetapi baik hati. Dia selalu menolong ibunya
di rumah. Dia jarang menghabiskan masanya diluar dengan melepak seperti remaja-remaja
lain.
“
Yela-yela orang memang nak balik dah tadi. Eh! “Kak Eta, mak masak apa hari ni? Ayam goreng
ada tak kak?”
“
Banyak la kau ayam goreng! Mak masak sambal ikan haruan yang Abang Wan mancing semalam.”
“Ala,
sambal ikan je,boring la.”
“.
Dah jangan banyak cakap. Jalan cepat
sikit nanti sampai rumah lambat pula”
“Dah
balik pun anak abah ni, pergi mana tadi sampai tak balik?” Sapa si ayah dengan
nada yang penuh lembut.
“Ala,
adik pergi main dengan kawan je. Abah dah makan?”
“
Belum lagi, Abah belum makan lagi, abah tunggu adik la.”
“
Wah,bagus la macam tu, boleh kita makan sama-sama.”
Lelaki yang usianya lewat 50-an itu sangat memanjakan anak bongsunya itu. Kehidupan mereka 5 beranak
sangat sederhana tetapi bahagia. Rumah papan usang pengikat kasih-sayang mereka
sekeluarga.
Hujan
lebat dan rebut petir dijangkakan melanda kawasan pantai timur terutama
Kelantan dan pendalaman Pahang..
“Mak,
Eta rasa hari ni macam nak hujan je..Lagipun tadi dalam berita pun cakap macam
tu..” Sambil dia mengutip baju yang kering di ampaian ..
“Betul
ke ni Eta?”
“
Betul mak…. Mak pesan la kat Wan dengan adik tu,jangan mengada-ngada nak salin
baju kerap sangat nanti mak juga yang
susah. mana nak letak baju time
hujan-hujan ni?”.
“Yela
nanti mak pesan kat budak 2 orang tu.”Sambil berjalan masuk ke rumah dengan
baju yang dikutip, “ingat tau mak,pesan kat budak-budak tu. kalau mak tak
bagitahu nanti Eta yang bagitahu..! Eta
dah lama geram dengan budak dua orang tu. “ Salin baju bukan main lagi,macam
rumah ni dobi je”. Membebel Eta seketika oleh kerenah adik-adiknya.
Jam
2 pagi hujan mulai turun dengan lebatnya,disertai dengan angin dan kilat yang
sabung-menyabung,rumah papan yang uzur itu mulai basah di masuki air hujan.
Tikar mengkuang alas tidur mereka mulai basah di basahi air hujan menyebabkan
Alif dan abangnya terjaga dari tidur. Wan bangun dan menyambung kembali
tidurnya di tempat yang tidak terkena
tempias hujan manakala alif terus bangun dan memandang keluar yang masih lagi
hujan.
“Yeyyy
hujan..! Eh.!.Abah dengan mak pun bangun juga ? wah! seronoknya..”
Bau
kopi yang di bancuh oleh Puan Aisyah membuatkan Alif terus menuju ke dapur. “
Mak
buat kopi? Nak… Adik nak juga!”
“Adik..pergi
tidur,tak elok budak-budak tidur lewat”jawab emak
“Ala,adik
nak kopi!..kalau macam tu biar adik tolong mak angkat air ni bagi kat Abah ye
mak..?”
“
Nah, air dah siap..heheh..errrrrr..”sambil memandang gelas yang berisi kopi.. “Abah,
kalau tak habis minum nanti bagi kat adik ye..?”
“
Mana boleh, ni air Abah..”jawab Pak Ali sekadar menguji.
Alif
terus mencebik dan masamkan mukanya. Air kopi merupakan air kegemaran Alif
sehinggakan setiap kali Pak Ali terpaksa berkongsi air dengan anak bongsunya
itu. Malam itu, Alif dan ayahnya berkongsi kopi sambil melihat titisan hujan
yang turun.
“Abah,nanti
minggu depan adik wakil sekolah kat
Daerah Rompin ni untuk acara lumba lari..hebat kan adik?” Alif
sememangnya aktif dalam sukan,bahkan dia selalu mewakili sekolahnya dalam sukan
terutamanya sukan lumba lari“Yela,anak-anak Abah semua hebat macam abah muda-muda
dulu la”. Tersenyum Pak Ali mengenangkan zaman mudanya seketika. Perbualan dua
beranak itu terhenti dan mereka pun tertidur.
“Alif
oo Alif..! Alif…?”
“Dia
tidur lagi..”jawab Wan yang tiba di muka
pintu. “Ada apa korang cari Alif pagi-pagi ni?”
“
Errrr..rr.. kami nak ajak Alif pergi sekolah,ada latihan sukan hari ni..” jawab
Mat.
“Betul ke ni?” Soal wan untuk menyelidik. Dia
bimbang adik bongsunya itu terlibat dengan perkara yang tidak sihat...
Pritttttttttttt..!
bunyi wisel menandakan latihan sukan untuk hari itu telah tamat .
“Hebat
awak ni Alif saya harap awak teruskan usaha dalam bidang sukan ni,awak la
satu-satunya harapan saya untuk tengok sekolah kita ni bawa balik pingat emas
masa pertandingan tu nanti..” Ujar Cikgu Rashdan yang merupakan guru sukan di
Sekolah Kebangsaan Garung,Rompin itu.
“Weh, apa kata lepas latihan ni kita pergi
mandi sungai kat Tanjung Pahang tu, dah lama kita tak mandi kat situ..jom la
kawan-kawan..!” ajak Saiful..
“Korang
pergi lah,aku tak dapat ikut sebab aku dah janji dengan abah aku nak tolong dia
racun rumput di kebun Ah Long tu..”Alif menjawab sambil membuka plastik jajan
yang dibeli di kedai tadi.
Ketika dalam perjalanan pulang, Alif terlihat
sebuah motorsikal Honda C70 di bawah pokok kelapa di tepi jalan.
“Eh,
macam kenal je moto ni”Alif mengomel sambil mebelek motorsikal tersebut yang
seakan motorsikal milik abahnya.
“Betul
la ni motor abah, tapi kenapa pulak
moto abah ada kat sini?” tanya Alif sendiri.
Sampai
je kat rumah Alif terus masuk dan mencari kelibat abahnya tetapi tidak
kelihatan.
“Mak,abah
mana mak? Kenapa tadi masa Adik balik nampak
motor abah kat tepi jalan?”tanya Alif
“Ooo,motor abah rosak semalam ..kan hujan. Abah lupa nak
letakkan motor kat bangsal rumah,motor abahkan tak boleh kena hujan nanti rosak
mulalah start tak berbunyi masuk air la tu. Abah tu,cuai
asyik lupa je.”.Bebel Puan Aisyah seorang diri sambil tangannya ligat memotong
bawang di dapur untuk juadah tengahari. “Mak masak apa hari ini? Tanya Alif
tanpa mempedulikan bebelan emaknya
“Ikan
tongkol dengan sayur kangkung..kenapa adik dah lapar ke?”
Ala, asyik-asyik ikan je,bila mak nak masak
ayam pula.. Dah lama adik tak makan ayam. Bosan la asyik makan ikan je” jawab
Alif sambil memuncungkan mulutnya.
“Adik..
kita patut bersyukur la sebab dapat makan,tengok orang lain ada yang sampai tak
makan tau!adik nak ke jadi macam tu?”pujuk emaknya.
Bosannya
kat rumah tak tahu nak buat apa. Nak tengok tv? Memang tak dapat la.Kak Eta
kalau dah tengok tak de sapa pun yang
berani alih siaran lain,tak habis-habis dengan drama cinta dia tu..Sembilu
la,janji Diana la.. ! ishhhhhh..macamlah abah beli tv tu untuk dia sorang
sahaja! getus Alif kegeraman. Abang wan pula petang-petang selalu tak de kat
rumah,keluar pergi memancing dengan kawan-kawannya. Maklumlah sungai Pahang
kaya dengan khazanah alam ni.Alif bermonolog lagi.
“Adik
mari sini kejap,tolong cari uban mak, dah banyak sangat dah uban mak ni,gatal
betul”pinta emaknya
“Hah!
yela-yela,tapi nanti lepas cabut ubat mak buatkan kopi panas untuk adik ye.”Alif
membalas sambil tersengih,di fikirannya sudah terbayang secawan kopi hangat
buatan ibunya.
Sambil mencari –cari uban di depan pintu Alif
mula bertanya, “mak kenapa orang tua mesti ada uban?” “Kalau adik nak
tahu,orang dulu-dulu cakap uban ni bunga kematian,jadi adik kena la cepat
berdikari sebab kalau mak dan abah dah tak
de sapa nak tolong basuh baju adik,masak kat adik” nasihat Puan Aisyah.
“Apa
mak ni,dah la jangan cakap macam ni lagi,adik tak nak dengar lagi.. Kalau mak
cakap lagi macam ni,adik tak nak cabut uban mak,mak cabut la sendiri”jawab Alif
yang tersentak dengan kata-kata ibunya tadi
.
Tersenyum Puan Aisyah mendengar kata-kata yang keluar dari anak bongsunya itu.
“Bila
perlawanan sukan kat sekolah adik tu?”sambung emaknya.
“
Minggu depan…”jawab Alif sambil tangannya leka mencabut uban di kepala emaknya.
“kenapa
mak nak pergi tengok ke? Yess..sss..haha.!”
Tiba-tiba
Puan Aisyah terlihat kasut sekolah anak bongsunya itu di bawah tangga yang
sudah koyak, hati ibu mana yang tidak sedih kerana tidak mampu memberikan yang
terbaik untuk anak-anaknya sementara kanak-kanak lain mewah dengan dengan
segala-galanya .Puan Aisyah termenung mengenangkan nasib yang keluarga mereka. Pernah dulu mereka terpaksa
menutupkan pintu pada hari raya supaya tiada orang atau kanak-kanak yang
singgah ke rumah mereka kerana tidak melakukan sebarang persediaan untuk
menyambut hari raya disebabkan
kesempitan wang malah anak-anaknya
juga tiada sepasang pun baju raya,namun Puan Aisyah bersykur kerana dikurniakan
anak-anak yang memahami. Tidak pernah sekalipun mereka meminta sesuatu yang
diluar kemampuan ibu bapanya. Duit raya yang mereka peroleh juga mereka simpan
untuk membeli peralatan sekolah seperti kasut dan sebagainya. Tanpa sedar air
mata bergelinangan di kelopak mata Puan Aisyah.
“Makk..kk..!
adik tanya ni “mak nak pergi ke tengok adik sukan nanti?”rajuk Alif
Lamunan
Puan Aisyah serta merta terhenti mendengar pertanyaan anaknya.
“Kalau sempat mak pergilah. Adik, ambil kasut adik, “mak nak tengok
manalah tahu boleh dijahit lagi”
Alif
tersenyum gembira mendengar jawapan emaknya lalu mengambil kasutnya yang
disimpan di bawah tangga rumahnya.
Eta
yang tertarik dengan perbualan itu terus datang menghampiri muka pintu itu
“pandai
ke kau cabut uban mak tu? Akak tengok dari tadi lagi kau cabut rambut hitam
bukan uban” botak la mak jawabnya, usik Eta.
“Kalau
akak pandai sangat,akak la cabut” ujar Alif yang langsung tidak mengambil hati
dengan usikan tersebut dan berharap kakaknya itu menyahut cabarannya kerana dia
sudah mulai bosan mencari uban dikepala ibunya.
“
Ok,akak cabut uban mak,kau pergi ambil abah kat kebun Ah Long. arah kakaknya.
Alif
terus mengayuh basikal untuk menjemput
ayahnya di kebun Ah Long dengan bekalan kopi dan air masak.
“Wow..!
besar betul kebun si Ah Long ni,patutlah ramai orang cakap Ah Long ni orang
kaya. Yela,kira macam tanah kat
Pahang ni semua dia punyalah”omel
Alif
“Mana
tak nya,ladang sawit kat Pekan,Muazam semua dia ada” Tiba-tiba rasa teringin
pula nak jadi macam diahehehe..”sambung Alif sambil tersengih sengih sendiri.
Alif
terus meletakkan basikal di pondok berdekatan kebun itu sambil menunggu abahnya
datang.
Dari
jauh Alif sudah melihat kelibat ayahnya yang datang menghampirinya tetapi
langkah abahnya kelihatan sedikit berbeza.
Tiba-tiba hatinya menjadi sayu melihat tangan
ayah yang berlumuran darah..Alif mulai panik
tetapi dengan tenang abah bertanya
“adik
kopi ada tak..? Abah nak minum kopi panas.”
Tanpa banyak soal Alif menuangkan kopi sambil
duduk di bawah pondok usang itu dengan abah. Sambil menghirup kopi Alif mula bertanya
“
Kenapa tangan abah luka?”
“
Ini hal orang dewasa,kanak-kanak tak kan dapat memahaminya”jawab abahnya
bersahaja tetapi cukup menikam perasaan Alif.
Alif
sebak menahan air mata,melihat tangan
abah yang berdarah luka sambil cuba memahami kata- kata abahnya kerana dia tahu
abahnya tidak akan melakukan perkara yang sia -sia.Alif menyambung menghirup
sehangat kopi yang menjadi lambang kasih sayang mereka sekeluarga.
Suasana
di sungai Tanjung Pahang riuh rendah dengan kehadiran Alif dan rakan-rakannya.
Seperti kanak-kanak kampung yang lain mereka akan menghabiskan hari minggu
dengan mandi sungai itu. Kejernihan air
sungai itu terbukti apabila dapat melihat ikan-ikan berenang,sungguh
cantik sungai jika tidak dicemari oleh tangan-tangan manusia,banyak manfaat
yang boleh diperoleh daripadanya.
“Wey
Alif ! kau tak takut ke esok kita nak lawan dengan budak-budak sekolah Kuantan?
diorang budak bandar mesti power.. aku rasa macam nak tarik diri
je.” Ujar Saiful yang seakan-akan tidak bersemangat.
“
Kau jangan nak mengada-ngada Saiful,buat penat je kau pergi latihan hari-hari kalau last minutes nak tarik diri buat malu sekolah je.” Bentak Alif.
Kringggggggg..
bunyi jam loceng menyedarkan Alif dari tidurnya.
“Hah!
Pukul 7? Mak kenapa tak kejutkan adik dah lambat ni? “hari ni adik ada
perlawanan sukan lumba lari!. Mak,abah adik pergi dulu nanti abah dan mak
datang bagi sokongan dekat adik tau..!”ujar Alif yang dalam keadaan
tergesa-gesa.
Wan yang berdiri dimuka pintu hanya tersenyum
melihat gelagat adiknya yang laju mengayuh basikal. “Tengoklah tu mak kalau dah
lewat basikal pun boleh bertukar jadi hilux”ujar Wan yang geli hati melihat
gelagat adiknya itu
Tersenyum Puan Aisyyah mendengar kata-kata
anak lelakinya itu. Alif mengayuh basikal dengan laju bimbang terlepas acara yang disertainya
walaupun acara itu dijadualkan pukul 9 pagi.
“Ha,kenapa
tercegat lagi ni ,adik dah pergi sekolah dah kau kenapa tak pergi lagi..?”
sergah Pak Ali kepada anak lelakinya itu.
“
Wan tunggu Sofi la bah nak tumpang dia lagipun, hari ni wan balik lambat,kalau
naik motor cepat sikit sampai rumah”
tergagap Wan memberi
alasan,bimbang juga dia dimarahi abahnya itu kerana masak betul dengan perangai abahnya
yang tidak suka sekirannya anak-anaknya
menyusahkan orang lain,apatah lagi ingin tumpang kenderaan orang lain untuk ke
sekolah.
Suasana
di Sekolah Kebangsaan Garung, itu mulai sesak dengan kehadiran bas-bas dari
sekolah seluruh Pahang. Hal ini membuatkan perasaaan Alif dan rakan-rakannya
sedikit goyang apabila saiz lawan mereka lebih besar dari mereka. Alif yang
lengkap berpakaian sukan dengan kasut lusuhnya itu membuatkan dia berasa rendah
diri dan takut apabila rata-rata rakannya membeli kasut sukan baru dipakai pada
hari pertandingan berlangsung. Namun,perasaan rendah diri dan takutnya mulai
hilang apabila terlihat kelibat kedua ibu bapanya di penjuru padang sambil
memegang botol mineral yang berisi air kopi. Alif tersenyum sendiri.
“Untuk
acara larian 500 meter lelaki bawah 12 tahun akan bermula sebentar sahaja
lagi,para peserta di mohon agar mengambil tempat masing-masing dan bersedia”arah
pngurus sukan pada hari itu.
Alif terus mengambil tempat di padang selepas
mendengar arahan itu. Dia sedikit gementar melihat pasukan lawannya memang hebat-hebat belaka .
“
1…2…3”pommm !”
Bunyi
tembakan itu menandakan perlawanan telah bermula. Alif berlari sekuat yang
mampu,dia terbayang wajah abah dan emaknya yang sanggup datang semata-mata
untuk memberi sokongan kepadanya. Tanpa sedar dia sudah mula memintas peserta
pihak lawan seorang demi seorang dan akhirnya pingat emas menjadi miliknya
manakala gangsa menjadi milik rakannya Saiful.
Setelah
pemberian hadiah selesai, Alif berlari-lari menghampiri kedua ibu bapanya untuk
mendapatkan air bagi menghilangkan dahaganya dan air kopi buatan ibunya menjadi
sumber kekuatan untuk dirinya. Sehangat kopi,begitulah hangatnya semangat yang
membakar dalam dirinya ketika dalam pertandingan tadi.
“Mak,banyaknya
makanan..! sedap-sedap pulak tu..” ujar Eta.
“Ha, Eta tolong mak hidangkan makanan. Sekejap
lagi kita makan sama-sama ye.”arah emak
“
Baiklah mak,tapi kenapa mak masak banyak-banyak ni macam nak sambut menantu je?”
Usik Eta.
Emaknya
sekadar tersenyum membiarkan Eta tertanya-tanya.
“Wan,baca
doa”arah abah
Abah
menyambung “ Nak tahu tak kenapa abah dan mak masak sedap hari ini?”
“
Sebab apa abah?” Tanya Wan yang mulutnya penuh mengunyah makanan.
“Sebab
Adik menang pertandingan lumba lari pagi tadi, Adik dapat pingat emas kan adik?”
cerita abah sambil memandang ke arah anak bongsunya itu.
Alif yang malu takut di ejek oleh abangnya
hanya tunduk dan tekun makan tanpa bersuara.
Ketika
semua ahli keluarganya menikmati makanan , Alif berhenti makan dan mukanya
bertukar sedih. “Kenapa ni adik? Tak sedap ke mak masak, adik suka ayam
dan daging kan,ni mak dah masak dah untuk adik,tapi kenapa adik tak makan?”
tanya puan Aisyyah yang sedikit bimbang melihat perubahan anaknya itu.
Sikap
Alif semakin pelik apabila dia diam dan terus menitiskan airmata, semua ahli keluarganya berhenti
menjamah makanan dan tertumpu kepadanya. Alif terus mengelapkan air matanya dan
melihat ayahnya.
“Abah,
Alif tahu abah seorang yang baik, malam ni Alif nak tahu kenapa hari tu tangan
abah luka..Sapa pukul abah?mungkin Alif tak cukup dewasa untuk faham masalah
abah tapi Abah terangkanlah supaya Alif faham?”soal Alif yang ingin tahu.
Airmata Alif terus mengalir laju tanpa mampu
di sekat lagi,dia menyambung lagi “Alif sayangkan abah..Alif takut orang
apa-apakan abah.”Suara Alif tersekat- sekat menahan esak.
Pak Ali terdiam seketika selepas mendengar
kata-kata dari anak bongsunya itu.
“
Sebenarnya, Pak Mat yang datang serang abah masa abah di kebun Ah Long tu, dia
minta abah serahkan tanah kita yang dibelakang rumahnya itu,tetapi abah tidak
bersetuju kerana itulah satu-satunya tanah yang abah ada pemberian arwah datuk.
Selepas permintaan dia abah tolak ,dia
pun terus keluarkan parang dan tetak tangan abah. Abah mengaku salah sebab
rahsiakan perkara ni dari kamu semua, sebenarnya Pak Mat sudah lama inginkan tanah tu tetapi abah
menolak mungkin sebab itu Pak Mat bertindak luar jangkaan.”terang abah
Muka Wan terus berubah seolah-olah marah
dengan tindakkan Pak Mat itu. Setelah mendengar cerita dari ayahnya, Alif
tersenyum lega kerana apa yang bermain di fikirannya sudah pun terjawab pada
malam itu.
Tok..tok..tok..pintu
bilik pengarah urusan terus di ketuk.
“
Masuk!”arah pemilik syarikat itu
“
Encik Alif ini kopi yang encik minta. Hari ini Encik Alif ada meeting
jam 3 petang di Subang, dinner dengan klien
dari Korea malam nanti jam 9.”terang Suraya yang merupakan setiusaha
syarikat itu.
Alif tersenyum melihat secawan kopi yang
masih panas di atas mejanya.kenangan bersama keluarganya mula menjegah di
fikirannya.
“
Encik Alif..? Encik Alif..?” panggil suraya yang kebingungan melihat bosya
tersenyum senyum sendiri
“Oh,
apa Suraya boleh kamu ulang lagi sekali?” pinta Encik Alif.
“
Encik Alif ni teringat dekat girlfriend
ke? Dari tadi saya tengok encik senyum je tengok air kopi tu.”duga Suraya
sambil memberi senyuman manis.
“Eh,tak
la saya mana sempat nak layan benda ni semua. Saya teringatkan kampung tu yang
saya senyum” balas Encik Alif.
“
Suraya kamu suka kopi?” giliran Alif bertanya.
“
Saya memang tak minum kalau kopi O tapi kalau Nescaffe saya minum la.”jawab
Suraya lurus.
“
Ha! Itulah yang kamu silap, walaupun ia hanya kopi O kosong tapi kalau
dicampurkan dengan kasih sayang dan dan pengorbanan ia akan menjadi sesuatu
yang sangat sedap dan luar biasa dan kamu
tak kan dapatkannya di tempat lain.” Terang Alif panjang lebar.
Suraya
sekadar tersenyum mendengar jawapan bos yang memang dikaguminya itu kerana
selain seorang yang hebat dia juga tidak sombong dengan pekerja-pekerja
bawahan.
“
Suraya minggu depan saya cuti,nak balik kampung jadi kalau ada apa-apa masalah
kamu bagitahu saya ye”suara EncikAlif mangakhiri perbualan.
Suraya
yang tersentak mendengar suara Encik Alif yang memyedarkan lamunannya sekadar
mengangguk faham.
SEKIAN
By: Nor Amiza Binti Abdul
Wahab (BC12110102)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan