Masalah kelewatan, kekurangan dan kerosakan bas terus menjadi isu dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Isu ini terus menjadi topik hangat dalam perbualan setiap pelajar. Banyak persoalan yang timbul tentang masalah bas ini. Antara persoalan yang timbul ialah adakah UMS kekurangan bas?? Adakah UMS mempunyai pelajar yang terlalu ramai?? Kelewatan bas untuk mengambil pelajar di perhentian bas menyebabkan ramai pelajar yang lewat untuk masuk ke kelas. Sekiranya para pelajar turun awal untuk menunggu bas, bas juga tetap lewat begitu juga sebaliknya. Malahan jika turun mengikut masa yang ditetapkan mengikut laluan bas mereka terpaksa berebut-berebut dengan pelajar lain untuk menaiki bas. Bila bas semakin lewat sampai pelajar akan pula akan semakin ramai menunggu bas dan apabila bas sampai mereka akan bersesak-sesak untuk menaiki bas. Selain itu, bas yang dikhaskan mengikut setiap kolej penuh dengan pelajar kolej lain turut membuatkan pelajar kolej yang sepatutnya diambil pleh bas tersebut terpaksa menuuggu dengan lebih lama. Sebagai contoh, bas yang sepatutnya mengambil pelajar kolej E terlebih dahulu pergi mengambil pelajar kolej AB dan CD. Bila bas ini sudah penuh pemandu bas tersebut tidak lagi mengambil pelajar kolej E. Ini akan menyebabkan pelajar-pelajar kolej E akan terlambat untuk ke kelas.
Selain itu, bas yang rosak juga menjadi faktor kepada lewatnya pelajar ke kelas. Bas yang rosak akan mengurangkan bilangan bas yang beroperasi, maka ini akan menyebabkan pelajar terpaksa berebut-berebut untuk menaiki bas. Bila bas rosak, ia akan mengambil masa yang lama untuk dibaiki dan ini akan terus menambahkan lagi kerumitan dalam untuk mengatasi maslah ini. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini bagi kebaikan semua.
By: Amin Bin Zahariman [BC12110010]

Wah! Siap dengan gambar sekali.. tahniah!
BalasPadam