Halaman

Khamis, 26 Disember 2013

Kritikan Filem…


Pada 16 dan 17 Disember 2013, Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan Festival Skrin Digital bertempat di Theatre Ahmad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni (SPS). Sebanyak 18 buah filem telah ditayangkan dalam tempoh dua hari festival berlangsung. Filem-filem yang dipertandingkan ini mempunyai kekuatan masing-masing berdasarkan genre yang dibawa. Genre-genre yang dibawa ialah seram, cinta dan komedi. Filem-filem yang ditayangkan ini merupakan rekaan daripada para pelajar sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan ketara dalam filem-filem yang dipertandingkan ini.
Berdasarkan pemerhatian saya, kelemahan ketara dapat dilihat dalam filem ‘Syahmat’. Kelemahan yang pertama ialah dari segi penceritaannya. Filem ini merupakan, filem aksi yang mampu menarik minat para remaja terutamanya pelajar di Universiti Malaysia Sabah. Namun begitu, filem ini gagal menambat hati penonton kerana jalan ceritanya yang sedikit hambar. Hal ini terjadi kerana, filem ini hanya berfokus kepada aksi perlawanan dan kurang melontarkan dialog dalam lakonan. Hal ini menyukarkan penonton untuk memahami mesej yang disampaikan dalam lakonan tersebut.
 Seterusnya, latar tempat pengambaran juga dilihat kurang menarik. Sebagai contohnya, ‘scene’ perlawanan antara pelakon dalam filem ini, bersifat setempat dan tidak menonjol. Hal ini menyebabkan penonton menjadi mudah bosan. Disamping itu juga, struktur cerita yang di lakonkan seolah-olah boleh dibaca oleh penonton. Hal ini telah menghilangkan unsur ‘suspen’ dalam sesebuah cerita dan menyebabkan penonton hilang minat untuk terus menontonnya.
Filem aksi sentiasa mendapat tempat dihati golongan muda terutama remaja. Oleh itu, percubaan Black Queen Production untuk menghasilkan filem bergenre aksi iaitu ‘Syahmat’ adalah tepat. Namun begitu, beberapa kelemahan ini perlu diperbaiki bagi meningkatkan mutu dalam filem yang dihasilkan.


By: Nor Amiza Binti Abdul Wahab (BC12110010)

PERANG FILEM!!!!


Festival Skrin Digital telah berlangsung selama dua hari di Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah bertempat di Theatre Ahmad Nisfu pada 15 dan 16 Disember lalu. Festival filem ini  melibatkan penyertaan pelajar-pelajar dari Sekolah Pengajian Seni (SPS) dan pelajar Universiti Malaysia Sabah cawangan Labuan (UMSKAL). Sebanyak 18 buah filem telah dipertandingkan pada kali ini. Penyertaan ini merupakan yang tertinggi dalam sejarah festival skrin digital Universiti Malaysia Sabah sejak ia ditubuhkan. Sekolah Pengajian Seni telah menghantar 9 buah filem dan Universiti Malaysia Sabah cawangan Labuan (UMSKAL) juga  telah menghantar 9 buah filem. Filem-filem yang dipertandingkan ini mempunyai kekuatan masing-masing berdasarkan genre yang dibawa. Genre-genre yang dibawa ialah seram, cinta dan komedi. Cerita-cerita yang ditayangkan dalam festival ini adalah hasil daripada buah fikiran dan rekaan pelajar sendiri. Festival ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar dalam bidang perfileman. Hal ini demikian kerana, industri perfileman hari ini memerlukan anak-anak muda yang berbakat dalam bidang ini bagi mewarnai industri seni negara. Persoalannya, peperangan belum berakhir. Filem manakah yang bakal memenangi anugerah yang dipertandingkan dalam Festival Skrin Digital pada tahun ini?







By: Nor Amiza Binti Abdul Wahab.

BC 12110102

Isnin, 16 Disember 2013

CERPEN

KAIN SONGKET, KAIN PERCA
I
Kisahku sama seperti dalam cerita Antara Dua Darjat, mungkin juga sama dengan kisah cinta Si Penarik Beca tapi kisahku bukan tentang cinta antara lelaki dan wanita tetapi kisahku tentang cintaku buat sahabatku Fahmi. Fahmi seorang anak orang kaya yang buta, aku pula si miskin yang menjadi teman setianya. Segala-galanya bermula atas dasar persahabatan.
“Tolong…tolong…tolong…” Suara sayu meminta pertolongan.
“ Kenapa ini, lain kali berhati-hatilah..disini memang banyak peragut”. Nasihatku kepada seorang remaja seusia denganku yang cacat penglihatannya.
“ Terima kasih, namaku Fahmi” Sambil tangan dihulurkan untuk berjabat.
“ Sama-sama, namaku pula Leman..aku bekerja di pasar depan tu.”
Sejak dari hari itu, kami sering bertemu dan berkongsi segala masalah bersama-sama.




II
Leman dan Fahmi selalu berjumpa dilorong belakang pasar berdekatan dengan tempat Leman bekerja.
Kau beruntung Leman..kau dapat lihat dunia ini dan hayati keindahan dunia ini..sedang aku hanya dapat mendengar tanpa dapat melihat apa-apa.” Kata Fahmi kepadaku.
“ Benar, aku sememangnya dapat melihat dunia, tetapi hatiku seakan-akan kelam apabila melihat kesengsaraan dihadapan mataku. Kemiskinan membuatkan hidupku menjadi gelap. Aku seperti seorang yang buta, tiada arah tuju hidupku, malah aku tidak pernah mengenali siapakah ibu dan juga bapaku. Kemiskinan memisahkan aku dengan ibu dan bapa kandungku. Untuk apa dapat melihat, jika setiap yang dilihat hanyalah kesedihan semata-mata. Kalau diberi pilihan, aku mahu jadi sepertimu Fahmi. Biar gelap dimata tetapi hidupmu diterangi oleh cahaya kemewahan sehingga kau tidak mengenali apa itu kesengsaraan.”
“ Itu Cuma perasaanmu sahaja, miskin atau kaya sama sahaja Leman, tiada bezanya.” Jawab Fahmi sambil duduk di tepi longkang bersama temannya.
“ Kau silap Fahmi, jika mata kau dapat melihat..pasti kau akan tahu betapa jauhnya jurang diantara kita dan barangkali kau juga tidak akan pernah mengakui bahawa aku ini temanmu.”


III
 “ Fahmi, nanti ikut papa pergi ke hospital untuk buat pemeriksaan mata. Kata kawan papa, Dr. Helmi itu seorang pakar mata yang terkenal.” Jelas Datuk Kamaruddin kepada anak tunggalnya sambil mengusap-usap kepala anaknya itu.
Fahmi sangat gembira mendengar berita itu dan terus memeluk papanya.
IV
 “ Kau baru pulang? Kemana sahaja kau merayap?” Sergah Encik Fuad kepada anak angkatnya itu.
“ Leee..le..mmman..Leman, jumpa kawan tadi, tu yang balik lambat sedikit.”
Adik terus menangis ketakutan kerana terkejut mendengar suara ayah yang kuat seperti petir itu. Aku terus pergi memeluk adik bagi memujuknya supaya tidak menangis lagi. Ayah angkatku yang ku anggap seperti ayah sendiri itu bukanlah seorang yang kejam tetapi kesempitan hidup membuatkan ayah tertekan. Aku cuba untuk memahami keadaan ayah dan ibu angkatku. Pernah terdetik dalam hatiku, kalaulah aku kaya pasti ini semua tidak akan berlaku dan kebahagiaan pasti sentiasa memburuku.



V
 “ Apa yang kau tercegat lagi?!! Cepat angkat barang-barang tu, nanti lambat pula sampai rumah.” Marah ayah setelah aku berhenti agak lama apabila melihat rumah yang besar itu.
 Mataku tidak pernah berhenti daripada melihat rumah agam itu. Besarnya bagaikan istana. Indahnya..cantiknya! Yang pastinya, ramai orang diperkarangan rumah itu, bagaikan ada majlis kenduri disitu. Ingin sahaja aku berhenti dan menjamah semua makanan yang ada disitu. Bau-bauan makanan itu cukup membuka seleraku. Makanan orang kaya pastinya sedap-sedap belaka, aku bosan makan ikan masin dan kicap!
VI
Suasana di pasar malam yang sesak menemukan aku pada satu kelibat. Ya, kelibat itu seperti seseorang yang pernah aku kenal. Fahmi!!!
“Fahmi.” Jeritku.
Fahmi terus datang menghampiriku.
“ Siapa kamu, bagaimana kamu tahu namaku?” Jawab si anak orang kaya itu, yang pastinya kini dia tidak lagi buta.

“ Aku Leman..aku temanmu, apakah kau sudah lupa padaku?”
“ Jadi.. kamu ini Leman? Mana mungkin aku lupa pada mu.” Jawab Fahmi sambil memelukku.
“ Tapi kemana saja kamu menghilang? Saya selalu menunggu kamu di tempat yang kita selalu jumpa itu tetapi kamu tidak datang.” Jelas Fahmi lagi.
“ Aku sibuk sekarang, kena tolong ayahku dipasar lagipun kami tak meniaga ditempat lama..ni tempat baru kami, jadi kalau ada apa-apa kau datang je cari aku kat sini.” Sambil tanganku ligat menimbang ikan yang diminta oleh pelanggan.
VII
Semasa aku sedang mengemas barang-barang untuk pulang, Fahmi datang menghampiriku.
“ Leman, jom ikut aku pulang ke rumah, aku nak kenalkan kau pada papa dan mama aku.” Ajak Fahmi dengan beria-ria.
Aku sudah tentu tidak akan menolak permintaan kawan baikku ini kerana aku ingin sekali melihat bagaimana mewahnya hidup sebagai anak orang kaya.
“Tapi..baju aku kotorlah..bau hanyir ikan, seganlah aku nak pergi rumah kau dalam keadaan macam ni..nanti apa pula kata mama dan papa kau?” Aku cuba menolak.
Alangkah terkejutnya aku, apabila ternyata rumah agam yang aku selalu lihat itu rupanya rumah Fahmi. Impianku untuk masuk ke dalam rumah itu akhirnya menjadi realiti. Teruja! Itulah perasaan pertama yang menyelinap dalam hatiku saat pertama kali ku melangkah masuk ke dalam rumah itu. Aku terus terfikir, kalau aku kaya pasti semua keinginan adikku, aku turuti. Aku akan belikan semua mainan kesukaan adikku tanpa perlu dia bermain dengan ranting-ranting kayu atau batu yang dia imaginasikan menjadi sesuatu yang tidak terjangkau oleh fikiranku. Kesian adikku.

“ Kamu siapa?” Sapa seorang lelaki yang berpakaian kemas beserta kemeja dan tali leher yang ku kira ayah kepada Fahmi.
“ Saya Leman, kawan Fahmi.” Tanganku hulur untuk berjabat.
Kedatanganku ke rumah Fahmi disambut dengan baik oleh kedua ibu bapanya. Sejak dari hari itu, hubungan persahabatan kami menjadi semakin rapat.
VIII
Semasa sedang asyik berbual-bual dibawah pohon mangga di hadapan rumah Fahmi, tiba-tiba dia mengeluarkan sepucuk surat dan yang pasti aku tidak tahu apa isi kandungan surat itu biarpun Fahmi menyuruh aku untuk membacanya kerana aku sebenarnya tidak tahu membaca dalam erti kata lain buta huruf.
“ Apa isi surat itu, kenapa kau kelihatan sungguh gembira apabila memberikan surat itu kepadaku?”
“ Bacalah.” Jawab Fahmi ringkas sambil memberikan semula kertas itu kepadaku.
Lama aku tenung kertas itu dan akhirnya aku terpaksa memberitahu sahabatku perkara yang sebenarnya, kerana aku juga ingin tahu isi kandungan surat itu.
“ Sebenarnya, aku tak tahu membaca.” Jelasku sambil tertunduk malu.
Aku sememangnya tidak pernah kenal apa itu A,B,C. Dari kecil aku diajar untuk mengira sahaja bagi menolong ayah meniaga dipasar. Tanganku tak pernah berpeluang untuk menulis dan mataku tak pernah berkesempatan untuk mengenal huruf. Aku tidak pernah berpeluang juga untuk memakai baju sekolah, malah juga tidak punya kesempatan untuk ke sekolah. Aku dilahirkan untuk berkerja. Tanganku keras, badanku juga tidak seperti budak yang seusia denganku, berurat sana sini seperti seorang lelaki dewasa yang sudah punya cahaya mata. Tanggungjawab mencari nafkah telah ku pikul sejak lahirnya aku didunia ini. Aku sebenarnya teringin untuk bersekolah seperti teman-teman yang seusia denganku.
Fahmi menjadi sedih apabila mendengar keluhan daripada sahabatnya itu, walaupun Leman nampak tenang dan bersahaja selepas meluahkan isi hatinya.
“ Sebenarnya, keluargaku ingin berpindah ke New Zealand. Jadi surat ini aku tulis untuk memberitahu kau tentang hal itu.” Jelas Fahmi lagi.
“ Maksudnya, kau dah tak tinggal di sini lagi?”
“ Ya.” Jawab Fahmi ringkas.




IX
Pada malam yang dingin itu, aku termenung mengingatkan kata-kata Fahmi bahawa dia akan berpindah. Macam-macam perkara yang aku fikirkan. Segala-galanya berlegar-legar difikiranku. Aku tak punya kawan lagi, Fahmi satu-satunya sahabat aku kerana aku tak punya lebihan waktu untuk berseronok-seronok atau melepak-lepak seperti remaja yang lain. Hidupku di bebani dengan tanggungjawab, aku perlu bekerja.
X
 “ Bila keluarga kamu akan berpindah ke New Zealand?” Tanyaku kepada Fahmi sambil melihat anak-anak kecil berlari-larian di taman permainan.
“ Lambat lagi..kata papaku lagi 6 bulan sebab masih ada banyak perkara yang perlu diselesaikan.” Jawab Fahmi dengan tenang.
“ Seronoknya dapat pergi ke luar negara, untungnya hidup kau..tapi sebelum kau pergi aku ada satu permintaan.”
“ Apa permintaannya?” Tanya Fahmi ingin tahu.
“ Kau tolong ajarkan aku menulis dan membaca! Sebab nanti kalau aku dah pandai membaca, bolehlah kita berbalas-balas surat.” Kataku penuh harapan.
“ Boleh, itu perkara kecil sahaja. Aku akan ajar sampai kau pandai. Selagi kau tak pandai menulis dan membaca aku tak akan pergi ke New Zealand.” Jelas Fahmi sambil menepuk-nepuk bahuku.
XI
Sejak dari hari itu, setiap petang setelah selesai berniaga aku akan ke rumah sahabatku Fahmi untuk belajar membaca dan menulis dengannya. Sangat sukar untuk tangan yang biasanya menimbang dan mengangkat tong-tong ikan, tiba-tiba disuruh untuk memegang pensel. Kekok! Kadang-kadang aku terasa ingin mengalah sahaja dan tidak mahu belajar lagi.
“ Cuba kau baca tajuk akhbar hari ini.” Arah Fahmi sambil memberikan surat khabar itu kepadaku.
“ Pennn..nn..deraaaaann..kaaa..nak..kaaa..nak..penderaan kanak-kanak! Aku dah boleh membaca! Terima kasih banyak sahabatku, kerana dah membantu aku sejauh ini.
XII
Pada hari itu, aku dan Fahmi hanya terdiam tanpa sepatah kata keluar dari mulut kami. Aku tahu dia juga sedih untuk meninggalkan aku. Kami hanya berbalas pandangan dan daripada pandangan matanya itu telah menjelaskan segala-galanya tanpa perlu kami berbicara. Kesedihan menghalang kami untuk berbicara, sebak mula merebak di seluruh tubuhku hingga aku tak mampu lagi untuk terus menunggu. Fahmi berpakaian kemas dengan kasut Adidas dan lengkap berbaju sejuk terus melangkah masuk kedalam kereta. Aku pula hanya berseluar jeans lusuh yang sudah koyak dan baju t-shirt hijau yang warnanya sudah luntur beserta selipar jepun. Badanku yang kurus melidi itu, tetap setia berdiri ditepi tingkap kereta mewahnya. Aku merenung tajam wajah sahabatku dibalik cermin kereta yang memisahkan kami dan airmataku terus mengalir dengan lebatnya tanpa sempat ku tahan. Airmataku yang menitis, aku lapkan pada baju yang kupakai itu. Akhirnya kereta mewah itu pun meluncur laju meninggalkan aku keseorangan diperkarangan rumahnya. Padaku dia adalah sahabatku dan dia tinggalkan aku dengan harta yang tidak ternilai iaitu ilmu hingga aku pandai membaca dan menulis. Dia juga telah tinggalkan aku dengan kenangan yang tak dapat ku kutip dimana-mana perhentian. Aku si kain perca akan setia menunggu kepulanganmu si songket, sampai hujung nafasku. Itulah sahaja kisah persahabatan diantara dua darjat yang ku namakan sebagai Kain Songket, Kain Perca.
Sekian.








By : Nor Amiza Binti Abdul Wahab.

BC 12110102

Ahad, 15 Disember 2013

TARIAN PIRING MINANGKABAU

Tarian piring atau dalam bahasa Minangkabau disebut sebagai Tari Piriang, adalah satu jenis tari yang berasal dari Sumatera Barat iaitu daripada masyarakat Minangkabau. Dikatakan sewaktu kemunculannya tarian piring ini dipercayai telah wujud lebih daripada 800 tahun yang lalu. Tarian piring juga telah berkembang ketika zaman pemerintahan Sri Wijaya, ini telah menyebabkan tarian piring minangkabau ini telah berkembang negeri-negeri Melayu yang lain.
          Selain itu, Tarian Piring Minangkabau  dipercayai sebagai salah satu tarian ritual oleh masyarakat Minangkabau iaitu satu upacara ritual untuk mengucapkan terima kasih kepada dewa-dewa setelah mendapat hasil pertanian yang banyak. Upacara ritual ini dilakukan dengan membawa sesaji yang berbentuk makanan yang kemudian diletakkan didalam piring sambil melangkah dengan perlahan sambil melakukan setiap gerakan yang lembut dan teratur.
          Setelah kemasukan agama Islam ke Minangkabau, tradisi tarian piring tidak lagi diamalkan sebagai satu upacara ritual untuk mengucapkan rasa syukur kepada dewa-dewa, sebaliknya Tarian Piring Minangkabau dijadikan sebagai salah satu alat hiburan ketika menyambut majlis-majlis keramaian. Disamping itu tarian piring merupakan satu seni tarian masyarakat Minangkabau yang masih diamalkan oleh masyarakat Minangkabau terutamanya di Negeri Sembilan.
          Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa mereka bercucuk tanam, menuai hasil tanaman dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur para petani setelah dapat menuai hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring ditapak tangan kiri dan kanan mereka. Setiap kali tarian ini dipersembahkan ia akan diiringi oleh lagu yang dimainkan oleh alat muzik rebana, rebab, gong, talempong dan saluang. Kadangkala piring-piring akan dilontarkan ke udara ataupun dihempaskan ke atas tanah dan akan dipijak oleh penari-penari tersebut. Bagi menampakkan lagi unsur-unsur estetika dan kejutan penari-penari itu akan memijak piring-piring yang pecah itu tanpa rasa takut dan sakit. Namun begitu dengan melakukan aksi tersebut mereka tidak mendapat kecederaan yang serius mahupun sedikit luka.
         
Di Malaysia terutamnya di Negeri Sembilan tarian piring Minangkabau banyak dipersembahkan ketika majlis-majlis perkahwinan terutamanya bagi keluarga-keluarga berada, bangsawan dan pembesar-pembesar negeri. Tarian ini biasanya dapat dilihat di daerah Seremban, Kuala Pilah dan Rembau. Biasanya tarian ini dipersembahkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sama ada dipersembahkan dengan memakai pakaian menari yang lengkap ataupun dengan hanya memakai pakaian biasa sahaja. Sesetengah persembahan akan dikenakan bayaran jika menjemput kumpulan tarian yang berada luar daripada daerah mereka, setiap persembahan biasanya memerlukan masa 10-20 minit untuk melakukan tarian ini.

Selain itu, setiap majlis perkahwinan atau majlis keramaian akan menjadi lebih meriah jika mengadakan persembahan tarian piring ini. Namun begitu, sesetengah masyarakat berpendapat tarian piring ini kurang sopan kerana ada percampuran antara penari lelaki dan penari perempuan.Bagi mengatasi masalah tersebut tarian piring ini telah ditarikan sepenuhnya oleh orang-orang perempuan sahaja. Disebabkan peristiwa itu tarian piring pada masa sekarang banyak melibatkan penari-penari wanita sahaja. Namun begitu, kaum lelaki juga masih terlibat dalam persembahan ini terutamanya sebagai pemain alat-alat muzik sahaja disamping yang perempuan sebagai penari.


PERJALANAN RAGAM TARIAN PIRING MINANGKABAU
Sudah menjadi kebiasaan setiap persembahan kesenian yang akan dipersembahkan perlu dimulakan dengan persiapan yang sangat rapi dan teratur. Sebelum tarian piring Minangkabau dipersembahkan ia memerlukan latihan yang mencukupi untuk membentuk kecekapan penari sewaktu mereka menari. Para penari juga harus mempunyai latihan pernafasan yang mencukupi agar pernafasan mereka tidak akan terganggu sewaktu mereka mempersembahkan tarian piring ini di hadapan penonton. Menjelangnya hari persembahan para penari tarian piring perlu memastikan semua peralatan yang akan digunakan sewaktu persembahan berada dalam keadaan yang terbaik. Paling utama ialah mereka perlu memastikan alat utama dalam tarian piring tersebut iaitu piring yang akan mereka gunakan sewaktu persembahan adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik. Sekiranya piring tersebut retak ataupun sumbing ia perlu digantikan dengan piring yang baru. Ini bertujuan untuk memastikan agar ia tidak membahayakan penonton dan yang lebih penting ialah penari itu sendiri. Ketika ini juga para penari akan memastikan dan menentukan jumlah piring yang akan digunakan sewaktu persembahan nanti.
          Selepas itu, piring-piring tersebut akan diatur dalam berbagai bentuk dan susunan dihadapan pengantin mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh penari tarian piring tersebut. Pada masa yang sama penari sudah bersiap sedia untuk menari dengan menyarungkan dua bentuk cincin khas iaitu satu di jari kanan dan satu lagi di jari kiri penari. Kemudian penari-penari tersebut akan memegang piring-piring tersebut.
          Setiap tarian piring Minangkabau yang dipersembahkan akan diiringi oleh muzik yang dimainkan oleh pemuzik yang menggunakan rebana, gong, talempong, saluang dan rebab. Sebelum memulakan tarian piring penari akan melakukan sembah pengantin sebanyak tiga kali sebagai tanda hormat kepada pasangan pengantin tersebut. Cara melakukan sembah ialah dengan sembah pengantin tangan dihadapan, sembah pengantin tangan disebelah kiri sembah pengantin tangan disebelah kanan.
          Selepas selesainya tiga peringkat sembah pengantin dilakukan, para penari tarian piring akan memulakan tariannya dengan mencapai piring yang telah diletakkan di hadapan mereka serta mengayun-ayunkan tangan ke kanan dan kiri mereka mengikut rentak muzik yang dimainkan. Penari kemudiannya akan berdiri kembali dan mula memijak satu-persatu piring-piring yang tadi yang telah disusun terlebih dahulu sebelum mereka memulakan persembahan. Mereka memijak piring tersebut sambil menuju kearah pasangan pengantin yang berada dihadapannya. Pada umumnya penari tarian piring akan memastikan semua piring yang telah diatur akan dipijak oleh mereka. Setelah semua piring telah dipijak, penari tarian piring ini akan mengundurkan langkahnya dengan memijak kembali piring-piring tersebut. Mereka akan berjalan secara mengundur supaya tidak membelakangkan pengantin.
          Disamping itu, pada masa yang sama kedua-dua tangan para penari akan berterusan dihayun ke kanan dan kiri sambil menghasilkan bunyi “ting ting ting ting....”. Bunyi ini terhasil adalah disebabkan ketukan jari-jari penari yang telah disarungkan cincing yang bersentuhan dengan bawah piring. Selain itu, Kedua telapak tangan yang diletakkan piring akan dipusing-pusingkan ke atas dan ke bawah seolah-olah penari-penari piring tersebut sedang memusingkan piring-piring diatas kepala mereka.
          Sesebuah tarian piring yang dipersembahkan akan berakhir apabila semua piring yang telah diatur itu telah dipijak oleh para penari piring. Selepas itu,para penari akan menutup persembahan tarian piring minangkabau itu dengan melakukan sembah penutup atau sembah pengantin sekali lagi. Sembah penutup juga diakhiri dengan tiga kali sembah kepada pengantin dengan melakukan sembah seperti sembah pengantin tangan sebelah kanan, sembah pengantin tangan sebelah kiri dan sembah pengantin tangan sebelah hadapan.

By: Amin Bin Zahariman (BC121110010)

CERPEN

SAHABAT
Aku adalah lelaki. Aku adalah lelaki yang tak pernah ingin disakiti atau dibenci. Aku adalah lelaki yang punyai harga diri. Aku juga diantara lelaki yang digilai ramai perempuan. Sesiapa sahaja wanita yang melihatku pasti tertawan. Bila ada sahaja wanita yang ingin menyampaikan cinta, aku berani mati kalau menolaknya. Sesudah aku ditinggalkan wanita yang amat aku sayangi, aku mulai berhati-hati. Bila ada wanita yang cuba meluahkan hasrat hati mereka, aku akan menolaknya dengan cara yang baik dan jujur. Aku adalah lelaki yang belum bersedia bercinta mahupun berumahtangga. Aku tidak ingin kecundang lagi dan tak ingin memainkan perasaan perempuan. Bagiku kalau bercinta biarlah sampai ke mati. Menangislah wanita-wanita yang ku tolak cinta mereka itu. Aku tak ingin perkara lama berulang kembali. Bercinta dengan seorang kawan. Namun akhirnya menjauhkan diri lantas sukar untuk bertegur sapa. Memang betul kata, “menerima kawan sebagai kekasih tidaklah sukar, tapi menerima bekas kekasih sebagi kawan kembali sangatlah sukar.” Cintaku bukan untuk mereka. Tapi untuk siapa cintaku ini? aku sendiri pun tak tahu lagi dan masih jauh lagi perjalananku untuk menemui jawapannya. Biarlah masa yang menentukan pengalaman hidupku. Aku juga pernah kehilangan kawan baikku sendiri disebabkan seorang perempuan.
Pada suatu malam Irene telah datang kerumah sewa yang ku kongsi bersama tiga orang rakan yang lain. Dia datang dengan wajah yang kusut, pipinya dibasahi dengan air mata. Kelihatannya dia sedang menangis. Irene mahu masuk kedalam rumah dan ingin menceritakan sesuatu kepada aku. Namun aku tidak membenarkannya. Kami hanya bercerita di hadapan pagar sahaja kerana Nathan dan Febian telah pergi ke kelab malam sejak tadi lagi. Memang nampak kejam aku kerana hanya membiarkan perempuan cantik berada di luar rumah waktu malam begini. Biarkan kejam, asalkan tidak menjunam. Itu kata Febian yang seringku ingat. Aku tetap terus dengan pendirianku.
“Tapi Yan.. Irene ada hal penting. Takkanlah Yan nak biarkan Ren berada kat luar ni je. Ren takut la Yan. Dekat hujung jalan sana banyak orang-orang liar. Takut Yan.” Sesudah menghabiskan kata-kata Irene mengangkat tangan tanda merayu.
“Maaflah Ren. Kita berdua tak ada hubungan. Walaupun saya ni sosial tapi saya bukan jenis lelaki yang suka ambil kesempatan. Kalau saya bagi Irene masuk, nanti apa pula kata jiran sebelah ni. Irene ceritakan apa yang berlaku tu.” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, beberapa orang mat motor menghampiri kami berdua.
“Hai cik adik.. kenapa berdiri kat luar ni. Kena halau rumah ke? Atau cik abang jambu ni tak awak masuk? Tak apa la. Abangkan ada. Mari naik moto dengan abang. Kita pusing satu bandar.” Kata seorang lelaki bermotor itu. Seorang daripada mereka cuba untuk menarik tangan Irene.
“Yan.. tolonglah buka pintu pagar ni. Diaorang nak kacau Ren” kata Ren sambil menangis.
‘Diaorang kata aku jambu’? Tak guna punya mamat..kau cemburu la tu tak hensem macam aku. Getus hatiku. Panas hatiku mendengar kata-kata mereka. Kerana kasihan melihat Irene diganggu, aku terpaksa membuka pintu pagar. Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, Irene terus meluru masuk kedalam rumah. Aku terkejut melihat gelagatnya. Dengan segera aku mengekorinya untuk menghalang langkahnya. Tapi langkah Irene lebih pantas. Dia sudahpun berada di dalam rumah.
“Ren ceritalah depan depan rumah ni jom. Depan tu ada kerusi.” Kataku sambil menunjukkan jari telunjukku ke luar rumah. Tiba-tiba Irene mengoyakkan bahagian hadapan lengan bajunya di sebelah kiri. Dia turut mengoyakkan baju di bahagian depan. Aku terperanjat melihat aksinya.
Pelik.. tiba-tiba Irene menarik kolar bajuku. Serentak dengan itu, dia menjerit meminta tolong. Aku menepis tangan Irene. Irene jatuh terduduk. Segera Irene menyepak kakiku dan aku turut terjatuh. Irene memegang lenganku. Beberapa orang jiran di kawasan perumahanku datang kerumahku. Mereka menuduhku melakukan zina dengan Irene. Aku telah dibelasah separuh mati. Sempat juga mataku memandang wajah-wajah yang membelasahku. Diantara mereka ada lelaki bermoto tadi. Sah dia dan Irene berpakat untuk mengenakan aku. Lebam-lebam mataku akibat dipukul mereka. Rakan-rakanku tidak mampu menolong. Mereka balik lambat ke rumah. Aku hanya terbaring di atas lantai dengan tidak bermaya dan berlumuran darah. Tidak mampu bangun.
Esoknya, setelah mendengar berita dari jiran-jiran, Febian dan Nathan terus menghalauku. “Yan..aku dengar jiran-jiran dekat sini cakap kau cuba rogol Irene.” Kata Nathan kawan baikku sejak kecil. Tapi itu dulu. Sekarang dia lebih rapat dengan Febian.
 “Jadi kau percaya? Selalunya kau tak percaya cerita-cerita macam ini. kau kan kenal siapa aku. Aku tak layan benda-benda macam ni semua. Ada orang menfitnah aku. Diorang aniaya aku.” Kataku cuba meyakinkan.
“Ya..! Aku memang percaya. Kau tahu kenapa? Sebab orang yang kau cuba rogol tu tunang aku. Kau cemburu dengan aku kan? Kau tak puas hati sebab tak berjaya dapatkan dia. Terus terang aku cakap kau ni memang tak guna betul la..” kata Nathan lagi. Aku benar-benar sedih mendengar kata-kata Nathan. Hatiku bagai disiat-siat. Tak ku sangka kawan yang telah lamaku kenali sanggup berkata begitu padaku. Semunya gara-gara perempuan itu. Kerana perempuan lelaki sanggup kehilangan kawan sendiri. Aku adalah lelaki yang tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu wanita. Aku adalah lelaki yang tidak akan mengenepikan kawan baik aku sendiri seperti Nathan..! hatiku menyumpah-nyumpah Irene.
“ Macam ni je la Yan.. Kes ni kes besar. Benda macam ni benda berat. Aku cadangkan kau pindah rumahlah. Jiran-jiran dekat sini ramai yang dah mengata pasal kau. Kitaorang juga yang terkena tempiasnya. Jadi sebelum jiran-jiran disini halau kitaorang.. Lebih baik kau yang pergi dulu. Kitaorang tak nak kena halau sebab kau.” Kata Febian rakan serumahku. Dia cuba menjadi batu api. Dialah yang merubah sikap Nathan. Dulu Nathan tidak pernah pergi ke kelab malam. Tidak penah mengikut lumba haram. Tidak pernah hisap rokok. Kerana Febian sikap Nathan berubah. Benarlah sikap manusia itu tidak pernah kekal pada tempatnya. Prinsip tidak pernah teguh dipegang. Sikap manusia sering berubah-rubah. Bermacam-macam aktiviti yang tidak sihat mereka berdua lakukan.
“Betul tu. Aku rasa baik kau pergi berambus dari rumah ini. Menyemak je. Datang tak dijemput.. takkan keluar pun nak halau..” kata Azman. Azman yang balik ke rumahnya seminggu yang lepas. Sebaik sahaja mendengar berita aku dipukul, dia segera pulang ke sini semula.
“Kalau kau nak bela sangat budak ni, baik kau pun berambus dari sini. Kau tak sedar ke?? Dia ni dah jadi perogol. Suka rosakkan anak dara orang. Suka minum air setan.” Kata-kata Nathan amat pedas bagiku.
“Baik. Aku akan keluar dari rumah ni dengan Yan. Aku harap kau akan menyesal suatu hari nanti. Aku kesal dengan sikap kau Nathan. Kau kenal Yan lebih lama daripada aku. Aku tahu dia tak buat semua ni. Aku percaya yang dia ni difitnah. Sepanjang aku berkawan dengan Yan aku tak pernah pun nampak dia minum arak. Tapi aku selalu nampak kau dengan Febian yang minum arak. Siap bawa balik perempuan. Lagi satu. Macam la kau tak kenal siapa Irene tu dekat U. Arina memang ada hati dekat Yan ni. Irene bukan gadis yang baik. Aku sendiri pernah nampak dia dengan lelaki lain di tepi pantai. Kata Azman dengan suara lantang. Nathan menumbuk perut Azman. Febian hanya memerhatikan sahaja sambil tersenyum.
“Kurang ajar. Kau jangan sesekali cakap tunang aku macam tu. Mampus kau ku kerjakan.” Kata Nathan marah. Tangannya masih laju menghayunkan penumbuk ke muka Azman. Azman hanya membiarkan sahaja perlakuan Nathan. Tidak pula dia membalas. Baginya, api yang sedang marak, jangan disimbah dengan minyak...tapi padamlah dengan air yang damai. Aku kagum melihat Azman. Aku tahu Azman mampu membalas kerana badan Reno agak besar dari Nathan. Cukup penyabar lelaki itu.
“Berhenti..! korang jangan bergaduh.. Aku yang salah.. sekarang aku juga yang keluar.. Azman.. kau tak payah ikut aku. Kau dah banyak tolong aku. Aku kecewa kawan baik aku sendiri tak percaya cakap aku. Aku tak sangka, sahabat sepermainan aku pilih cinta daripada persahabatan. Nathan.. Suatu hari nanti kau pasti dapat tahu hal yang sebenarnya. Aku bukan lagi orang yang kau kenali dulu. Aku bukan lagi lelaki yang kau boleh hina sesuka hati. Aku adalah lelaki yang tak pernah maafkan kau dan Irene. Dulu kau cakap doa orang teraniaya senang dimakbul. Tapi aku tak sumpah-sumpah kau. Aku Cuma nak cakap yang aku lelaki yang tak pernah kenal kau. Aku tak ada kawan macam kau.” Kata ku sedikit lantang. Nathan berhenti memukul Azman.
“Sudahlah kau tak payah banyak bunyi. Buat bising. Aku ingat aku nak sangat ke kawan dengan kau? Aku Cuma kesiankan kau je. Kau ingat aku takut ke kalau kau doakan aku bukan-bukan? Hei..ini Nathan la. Tak ada sapa yang boleh musnahkan aku. Lagipun doa orang macam kau ni boleh terima ke? Hahahaha. Kata Nathan megah. Azman hanya menggelengkan kepala. Aku berusaha bangun dari tempat pembaringanku. Namun usahaku sia-sia. Aku terjatuh semula. Azman segera mendapatkanku dan memapahku. Kami berjalan terhincut-hincut.
“Man. Kau tak payah keluar dari........”
“Dah..tak payah cakap apa-apa.. Kau ikut je aku.” Kata Azman memotong percakapanku. Aku benar-benar terharu dengan kebaikkannya. Azman menghulurkan bantuan saat aku memerlukan. Azman sentiasa menolongku ketika aku kesusahan. Pernah sekali aku kesempitan wang, Azman lah yang membantuku. Walaupun Azman bukan datang daripada keluarga berada namun dia sanggup mengenepikan masalahnya sendiri demi sahabat. Duit simpanannya dikeluarkan untuk membantuku. Inilah yang dikatakan sahabat sentiasa ada sekiranya sahabat berada dalam kesusahan. Sahabat sejati tidak mementingkan diri sendiri. Sahabat sejati sanggup mati demi sahabatnya. Sahabat sejadi adalah orang yang sering merendah diri.
Nampaknya aku kena pindah rumah baru lagi. Aku dah tak sanggup lagi berdepan dengan Nathan dan Febian. Kata-kata Nathan tidak pernah padam dan tak pernah ku lupa. Sungguh..aku benar-benar membenci Irene. Aku meluat dengan perangai gediknya.
“Wah.... Cantik lah kampung kau ni Man.. Kampung aku pun tak sehebat ini. pemandangan membuat aku terpukau...”kataku sambil memandang ke luar tingkap kereta. Gayaku tak ubah seperti rusa masuk kampung.
“Hahaha.. Sebab tu aku suka balik sini. Pemandangan yang cantik membuatkan aku berasa tenang. Tuhan yang sediakan semua ini untuk kita dan kita perlu memeliharanya” kata Azman.
Aku hanya mengangguk sambil memandang ke luar tingkap.
“Tutup mulut tu. Nanti masuk lalat.” Tegur Azman apabila melihat aku masih melopong.
“Haha..”Aku baru tersedar mulutku belum terkatup dan segera ketawa menutup malu. “Dekat sini ada kerja apa ya? Aku nak kerja lah. Hutang kau pun aku belum bayar lagi..”Kataku.
“Yala..Aku pun rasa nak cari kerja juga..”Kata Azman.
“Nanti lah aku tanya mak aku apa kerja yang patut untuk penganggur macam kita ni.”Kata Azman.
“kalau dapat kerja cuci kereta dekat kampung ni seronok juga. Dapat juga duit.” Aku memberi cadangan.
“Kau ni cubalah bagi idea yang bernas sikit. Kita dekat kampung ni. Orang dekat kampung aku ni kebanyakan guna motosikal je. Jalan kaki untuk kesihatan sambil hirup udara segar. Tak juga keluarkan minyak beli minyak.” Terang Azman. Serentak dengan itu tawa kami berderai pecah.



Esok paginya, aku bersarapan bersama Azman dan ibunya.
“Jemput makan nak. Ini je yang mak cik mampu sediakan.” Kata mak Azman sambil tersenyum.
“Wah sedapnya. Terima kasih mak cik. Lama dah tak merasa masakan begini mak cik.” Kataku sambil menceduk sambal ikan bilis dengan gelojoh. Aku makan dengan lahapnya.
“Makan perlahan-lahan. Nanti tersedak pula. Kata Azman menegurku sambil mengangkat tangan membaca doa.
Selesai makan aku dan Azman duduk di meja bulat luar rumah.
“Mak kami rasa nak kerjalah. Apa kerja yang sesuai untuk penganggur macam kami ni.? Tanya Azman kepada ibunya.
“Dalam ddunia ni ada banyak rezeki dan rezeki berada dimana-mana. Cuma bergantung kepada kita yang mampu ke tak mengusahakannya. Kita tak boleh terlalu memilih kerja. Yang terlalu memilih akan ketinggalan.” Mak cadangkan korang berdua berniaga je.
“Betul cakap mak. Kita berniaga nak tak Yan? Tanya Azman kepadaku.
“Boleh je. Aku akan ikut apa yang kau rasa baik untuk kita. aku pun dah tak sabar nak mula berniaga.” Kataku penuh semangat.
“Kita nek berniaga apa?” tanya Azman. Aku hanya mengangkat bahu dan memandang mak Azman mengharapkan jawapan.
“Macam ni lah. Korang berniaga makanan je senang.” Kata Mak Azman memberi cadangan.
“Jadi cadangan mak tu nak kami berniaga makananlah. Tapi nak berniaga makanan perlukan modal yang tinggi mak.” Mana kita mampu nak dapatkan duit yang banyak untuk memulakan perniagaan ni. Kata Azman.
“Mak ada sikit simpanan. Kamu berdua gunlah duit mak tu dulu. Inilah masa untuk kamu berdua berdikari.
“Tak apalah mak. Tu kan duit simpanan mak dengan ayah dulu. Mak simpanlah.
“Tak apa. Arwah ayah cakap dulu gunalah duit tu bila ianya diperlukan. Inilah masanya Man.” Kata ibu Azman.
“Terima kasih mak. Nanti Man bayar balik bila dah ada untung.” Kata Azman memberitahu sambil memeluk ibunya.
“Makanan apa yang kamu berdua nak jual? Tanya mak Azman lagi.
“Man pun belum ada idea lagi mak.. Yan.. Kita nak jual apa nanti? Tanya Azman kepadaku.
“Dekat rumah sewa kita dulu,kita selalu beli goreng pisang, roti-roti yang masih panas. Lagi pun bukan kita saja yang datang membeli. Orang lain pun ramai juga yang membeli. Aku rasa kita bukai gerai jual goreng pisanglah Man.” Kataku memberi pendapat.
“Betul tu. Jimat kos. Dekat kebun ayah tu banyak pokok pisang dan cempedak yang sudah berbuah.” Kata ibu Azman.
Esoknya aku dan Azman menemani ibunya pergi ke bank untuk mengambil simpanannya. Ibu Azman mengeluarkan simpanannya sebanyak seribu lima ratus ringgit. Duit inilah modal permulaan untuk aku dan Azman berniaga. Aku dan Azman sama mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana telah memberi duit sebanyak itu untuk permulaan perniagaan kami.
Hari ini aku dan Azman memulakan operasi kami. Kami membeli kayu untuk membuat tian gerai dan atap diperolehi daripada lebihan atap rumah Azman yang dulu.  Alatan memasak semuanya dibeli baru dan meja menggoreng yang dibawa dari rumah. Jumlahnya mencecah seribu ringgit dan lebihan baki itu digunakan untuk membeli tepung dan minyak masak. Sarung tangan plastik telah disarungkan ke tangan masing-masing. Azman memainkan peranannya. Tepung pisang yang dibuat dicampur dengan resepi rahsianya. Aku memandangnya dengan penuh kagum. Tangannya lincah menggaul tepung. Gayanya tak ubah seperti seorang tukang masak handalan aku hanya ditugaskan untuk mengupas buah pisang dan buah cempedak. Aroma cempedak goreng menerjah hidungki hingga menyebabkan perutku berkeroncong menyanyi.
“Kalau dah boleh makan nanti makan la. Jangan nak malu-malu.” Kata Azman. Sepantas kilat tanganku mencapai goreng cempedak dari pinggan.
“Opss. Panas..” Kataku sambil mengipas-ngipas lidah.
“Haha. Macam dah tak makan setahun kau ni. Sabar la. Tunggu sejuk sikit baru makan. Ni main makan je. Tak sabar-sabar” Kata Azman.
“Kau kan tahu.. aku ni pantang tengok goreng pisang. Kalau ada depan mata memang licin aku makan. Kataku. Memang tidak dinafikan kehebatan Azman memasak. Semua yang dimasaknya pasti sedap. Sedang sibuk Azman memasak datang seorang wanita tua.
“Nak..Bagi mak cik goreng pisang lima ringgit dan goreng cempedak lima ringgit juga. Kata wanita tua itu. Aku dan Azman hanya mengangguk dan segera aku menunaikan permintaanwanita itu. penyepit kucapai pisang goreng ku masukkan ke dalam plastik dengan pantas. Baru sahaja membuka gerai, kami berdua sudah mendapat pelanggan pertama. Mungkin tempat yang kami pilih agak strategik. Tiada gerai lain di situ, maka tiada juga pesaing kami. Mungkin juga kerana aroma goreng pisang masakan Azman berjaya menarik perhatian pelanggan. Semakin lama semakin ramai yang datang ke gerai kami. Tidak menang tangan kami jadinya. Ada yang sanggup beratur menunggu. Dalam sekelip mata pisang goreng dan cempedak goreng habis dijual. Ada juga yang penat menunggu tapi hampa dengan penantian. Gigit jari nampaknya pelanggan itu hari ini.
“Akak..Saya minta maaf..akak jangan risau esok saya masak lebih. Saya akan bagi dua kali ganda banyak daripada yang akak minta. Saya tak akan kenakan bayaran dua kali ganda tu. Saya akan bagi percuma atas kesabaran akak menunggu hari ini. kata Azman cuba memujuk wanita itu. wanita itu hanya tersenyum. Bahang yang terasa panas hilang serta-merta. Dia mengangguk dan terus beredar dari situ. Sempat juga wanita itu memandangku dan mengenyitkan matanya. Boleh tahan juga cantik orangnya. Azman hanya tersenyum melihat gelagat wanita itu.
“Man. Laku betul perniagaan kita hari ini.” kataku.
“Alhamdulillah.. bukan perniagaan aku seorang la..Kita berdua. Kau pun banyak tolong aku. Kalau kau tak ada mana mampu aku buat semua ni seorang.” Kata Azman sambil ketawa.
“Ye ke? Hahaha. Begulau la pula aku ni. Boleh pakai juga aku ni kan Man. Terima kasih Man sebab percayakan aku.” Kataku sambil menepuk bahunya.
“Sama-sama kawan.” balas Azman.
“Dah sebulan juga kita berniaga ni Man. Rasanya kita boleh bayar dah duit yang mak kau pinjamkan ni.” Kataku.
“Aku pun rasa macam tu juga Yan. Nanti la kita bayar balik kat mak. Murah rezeki kita kan Yan.” Kata Azman.
Tibanya dirumah petang tu. Aku dan Azman terus membayar dui yang dipinjam daripada ibunya. Pada mulanya ibunya menolak kerana perniagaan kami masih baru lagi dan kami masih memerlukan duit. Namun setelah dipujuk dan diyakinkan barulah ibunya bersetuju mererima kembali duit itu.
“Yan..Esok aku nak pergi rumah sewa kita sekejap. Aku nak ambil barang-barang aku yang masih tinggal tu.” Kata Azman.
“Ok. Aku pun nak ikut juga nanti.” Kataku.
“Eh.. Tak apa. Kau tak payah ikut. Kau tolong aku tengokkan mak aku kat rumah ni..”Kata Azman. Aku hanya mengangguk.
*******
Azman belari mendapatkan aku selepas kembali daripada rumah sewa lama kami. Tidak sabar nampaknya Azman hendak menyampaikan berita yang didengarnya dari jiran lama kepadaku.
“Aik..Dah balik dah. Kau ok ke tak ni? Kenapa tercungap-cungap. Macam kejar hantu je aku tengok.” Kataku.
“Wei hantu tak mainlah. Jangan kau sebut benda tu. Nanti datang baru kecut perut kau tu. Kata Azman. Aku mentertawakan Azman. Pernah dulu semasa berada di rumah sewa, Febian diserang histeria. Dia mengamuk-ngamuk. Pecah pinggan mangkuk dibuatnya. Sekejap dia bersilat sekejap pula keluar bahasa asingnya entah bahasa apa itu. meremang bulu tengkukku melihat aksi Febian itu. selepas Azman membaca beberapa beberapa surah, Febian bertambah ganas dan menendang perut Azman. Aku dan Nathan memberanikan diri memegang tangan dan kaki Febian. Azman bertindak pantas merenis air bacaannya ke muka dan tubuh Febian. Segera dikuatkan bacaannya. Febian menggelupar pengsan. Esoknya aku dan Nathan bertanya kepada Febian mengapa dia begitu. Namun dia tidak ingat apa yang telah berlaku kepadanya. Aku kagum dengan kebolehan ilmu dalam bidang agama yang Azman miliki.
“Kau tahu tak..Pagi tadi aku pergi ke rumah sewa kita tu. Pintu berkunci. Rumah tu macam dah lama ditinggalkan. Mangga pun dah berkarat. Nasib baik aku bawa kunci pendua. Aku tanyalah jiran kita yang kerja polis tu. Aku tanya mana kawan-kawan kita pergi. Lepas tu dia cakap diorang dah lama pergi sebabjadi buruan polis atas satu kes. Aku pun tak tanya juga kes apa tu. Polis tu pun tak nak juga bagitau.” Kata Azman menerangkan kepadaku apa yang terjadi.
“Oh. Tu ke yang kau nak sampaikan kepada aku ni. Lantaklah diorang nak pegi mana pun. Nak merempat kaki lima ke..nak mana-mana ke. Aku tak nak ambil peduli lagi pasal mereka.” Kataku dengan suara yang agak mara. Dendamku belum terbalas lagi. Aku mahu mereka merana sepertiku. Azman hanya menggeleng.
“Bukan tu sebenarnya yang buat aku semangat nak bagitahu kau sesuatu. Sebenarnya, malam kejadian tu, masa kau kena belasah, jiran polis tu cakap, keluarga Irene buat laporan polis. Keluarga dia nak kau kena hukuman berat lepas tu keluarga dia lapor kat akhbar, mereka reka cerita pasal kau. Pihak polis pun jalankan siasatan. Bila keputusan keluar, kau didapati tidak bersalah. Nama kau dah bersih. Polis cakap ni kes aniaya. Masa malam keluarga Irene buat laporan tu, keluarga Irene tak bagi Irene tukar baju. Diorang suruh Irene pakai baju yang koyak tu. Kononnya nak tunjuk bukti. Namun polis sepakat bahawa ini kes aniaya berdasarkan beberapa bukti kerana kenyataan yang diberikan Irene kepada pihak polis sering menyimpang. Mat motor tu pun mengaku yang dia diupah Irene supaya memanggil jiran-jiran dan menuduk kau merogol Irene. Diorang hanya mengikut apa yang Irene rancang. Diorang sendiri yang buat laporan kat balai Polis. Banyak lagi bukti yang jiran polis kita kata tadi. Tapi aku dah tak larat nak ceritakan. Tekak aku dahaga ni. Kau bacalah surat khabar nanti.” Kata Azman. Gelagatnya seperti seorang polis yang menerangan sesuatu kes. Aku segera angkat kaki untuk mengambil air di dapur.
“Nah. Ni air kosong untuk basahkan tekak tu.” Kata ku sambil cawan bertukar tangan.
“Padan muka diorang. Patutnya diorang kena hukum mati je. Kau cakap dengan aku dulu hukuman menfitnah besar dosanya. Kataku sambil Azman menggeleng-gelengkan kepala.
“Kau tak patut cakap macam tu. Diorang dah terima balasan daripada Tuhan. Nathan dah putus tunang dengan Irene. Irene pun jadi buruan polis sehingga menyebabkan dia jadi tak waras. Keluarga dia hantar ke Hospital Sentosa Batu Tujuh tu. Di jadi tak waras sebab rakan-rakan selalu ejek dia. Sebenarnya Irena buat macam tu malam tu sebab nak dapatkan kau. Nak kau bertanggungjawab.  Sekarang mereka dah terima apa yang mereka dah buat selama ni.” Kata Azman.
“Man. Kau lah sahabat yang memahami aku selami ni. Kau percayakan aku. Terima kasih Man. Harap kita akan terus bersahabat baik lepas ni. Kataku pada Azman.

By: Brainiker Anak Telajan (BC12110022)

Selasa, 3 Disember 2013

DIMANAKAH KESUDAHANNYA???

Masalah kelewatan, kekurangan dan kerosakan bas terus menjadi isu dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Isu ini terus menjadi topik hangat dalam perbualan setiap pelajar. Banyak persoalan yang timbul tentang masalah bas ini. Antara persoalan yang timbul ialah adakah UMS kekurangan bas?? Adakah UMS mempunyai pelajar yang terlalu ramai?? Kelewatan bas untuk mengambil pelajar di perhentian bas menyebabkan ramai pelajar yang lewat untuk masuk ke kelas. Sekiranya para pelajar turun awal untuk menunggu bas, bas juga tetap lewat begitu juga sebaliknya. Malahan jika turun mengikut masa yang ditetapkan mengikut laluan bas mereka terpaksa berebut-berebut dengan pelajar lain untuk menaiki bas. Bila bas semakin lewat sampai pelajar akan pula akan semakin ramai menunggu bas dan apabila bas sampai mereka akan bersesak-sesak untuk menaiki bas. Selain itu, bas yang dikhaskan mengikut setiap kolej penuh dengan pelajar kolej lain turut membuatkan pelajar kolej yang sepatutnya diambil pleh bas tersebut terpaksa menuuggu dengan lebih lama. Sebagai contoh, bas yang sepatutnya mengambil pelajar kolej E terlebih dahulu pergi mengambil pelajar kolej AB dan CD. Bila bas ini sudah penuh pemandu bas tersebut tidak lagi mengambil pelajar kolej E. Ini akan menyebabkan pelajar-pelajar kolej  E akan terlambat untuk ke kelas.
Selain itu, bas yang rosak juga menjadi faktor kepada lewatnya pelajar ke kelas. Bas yang rosak akan mengurangkan bilangan bas yang beroperasi, maka ini akan menyebabkan pelajar terpaksa berebut-berebut untuk menaiki bas. Bila bas rosak, ia akan mengambil masa yang lama untuk dibaiki dan ini akan terus menambahkan lagi kerumitan dalam untuk mengatasi maslah ini. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini bagi kebaikan semua.
By: Amin Bin Zahariman [BC12110010]

 



PERIBAHASA MASYARAKAT MELAYU

PENGENALAN PERIBAHASA
Peribahasa merupakan ungkapan tradisional yang menjadi percakapan dalam kehidupan seharian dan mengandungi maksud dan mesej yang tersendiri. Peribahasa dapat dibahagikan kepada empat iaitu pepatah,perumpamaan,kiasan ibarat dan lidah pendeta.
Menurut  tokoh sastera yang terkenal iaitu Za’ba peribahasa ialah susunan kata yang pendek mengandungi makna yang luas,mengandungi kebenaran,sedap didengar dan bijak perkataannya.
Ciri-ciri peribahasa yang sangat ketara ialah mengandungi susunan ayat yang pendek dan rinkas sahaja tetapi mengandungi mesej yang tersendiri. Selain itu,peribahasa juga merupakan pemilihan kata yang bijak . Hal ini demikian kerana, untuk menggunakan peribahasa dalam komunikasi memerlukan kreativiti dalam menyusun ayat agar mesej dapat sampai dengan jelas kepada individu lain.
Selain itu,peribahasa mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu sebagai alat komunikasi formal ataupun tidak formal. Menerusi peribahasa diselitkan unsur-unsur sindiran,kritikan ataupun teguran. Hal ini demikian kerana, manusia lebih mudah menerima teguran daripada di kritik secara langsung. Dengan menggunakan peribahasa individu dapat menerima  dan menegur dengan mudah tanpa mengguris hati mana-mana pihak.
Fungsi seterusnya ialah, sebagai alat kawalan sosial dan sebagai ubat penawar untuk individu yang menghadapi ganguan emosi. Hal ini demikian kerana, ayat dan kata-kata dalam peribahasa mengandungi susunan kata yang baik dan halus serta mampu menepis sebarang kata-kata yang tidak sesuai untuk dijadikan sebagai ucapan harian.
Sekian.






PERIBAHASA:
1.    Dengar cakap enggang, makan buah beluluk,
Dengar cakap orang, terjun masuk lubuk.

Maksudnya: sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sesekali mendengar cakap orang.

2.    Dek sukar berkampuk ijuk,
Nan adat diturut juga.

Maksudnya: adat yang tidak boleh ditinggalkan walaupun hidup melarat.
(ijuk= bertudung atau berselimut)

3.    Dikulum menjadi manikin,
Dimuntah menjadi sekam.

Maksudnya: diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

4.    Walau disepuh emas lancing, kilat tembaga nampak juga.

 Maksudnya:  bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadap kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

5.    Walau ikan diam di tujuh lautan sekalipun,
Termasuk ke dalam pukat juga.

Maksudnya: sepandai-pandai orang ada kalanya susah juga.

6.    Yang disuruh tenggelam,
Yang menyuruh pun tenggelam.

 Maksudnya: orang yang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas,
Akhirnya sia-sia belaka.
7.    Yang hampa biar terbang,
Yang bernas biar tinggal.

 Maksudnya: yang tidak berguna biarlah hilang dan yang baik biarlah tinggal.

8.    Laksana pencalang tersarat,
Tiada ke timur tiada ke barat.

 Maksudnya: orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah sahaja.
(pencalang= perahu besar yang utk memuatkan barang-barang)

9.    Lepas tipan (taufan) paksa baik.

Maksudnya: habis kesusahan timbullah kebaikannya.
(paksa= waktu)

10. Lupa ketinggalan,terlelap kemalingan.

Maksudnya: kurang hati-hati melibatkan kerugian.
(kemalingan= kecurian)

11. Cerdik elang,binggung sekikih,
Lamun murai terkecoh juga.

Maksudnya: biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi.
(sekikih = sejenis enggang kecil)

12. Degar-degar merapati

Maksudnya: perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan.
(degar-degar = bunyi kayu dipukul)


13. Diimbau berbunyi, dilihat bersua.

Maksudnya: kebenaran yang tidak dapat dibantah.
(diimabau = dipanggil)

14. Dikacak betis sudah bak betis,
Dikacak lengan sudah bak lengam.

Maksudnya: orang yang menyangka dirinya sudah kuat ( tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong.
(dikacak = dipegang)

15. Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa.

Maksudnya: perangai yang tidak senonoh.

16. Disangkakan langit itu rendah, dipandang itu rendah tetapi dicapai tidak dapat.

Maksudnya; sesuatu pekerjaan hendaklah icuba membuatnya terlebih dahulu sebelum dikatakan mudah atau susah.

17. Lalang terbakar, sicerek menumpang mati.

Maksudnya: terlibat dalam urusan orang lain, mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain.
(sicerek = sejenis tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang)

18. Lebih baik seekor singa di padang yang luas, berbanding seekor ular di dalam rumput.

Maksudnya: lebih baik musuh besar didalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.


19. Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Maksudnya; orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat.

20. Lunak gigi daripada lidahnya.

Maksudnya; merendahkan diri atau bersikap lemah lembut.

21. Cekarau besar liang.

Maksudya: besar bualannya dan suka membuka rahsia orang.
( cekarau = sejenis tumbuhan yang di air yang besar batangnya)

22. Cacing menelan naga.

Maksudnya: anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakkan; orang berkuasa dapat dialah oleh orang yang lemah.

23. Dengarkan cerita burung, anak yang dipangku dilepaskan.

Maksudnya: kerana mendengarkan tutur manis orang, pekerjaan sendiri dilepaskan.

24. Dimana batang terguling, disitulah tumbuhnya cendawan.

Maksudnya: dimana timbul masalah, disitulah diselesaikan.

25. Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau.

Maksudnya: orang pendiam yang tangkas bekerja dab berfikir.





KESIMPULAN
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, peribahasa merupakan ungkapan tradisional yang telah lama wujud dalam pertuturan harian dalam sesebuah masyarakat. Setiap kelompok masyarakat mempunyai peribahasa yang tersendiri mengikut dialek bahasa masing-masing. Sebagai contohnya, dalam dialek Kelantan,Kedah,Jawa,Indonesia dan lain-lain lagi. Walaupun peribahasa yang dituturkan berbeza bunyinya,namun tujuannya tetap sama iaitu sebagai sindiran, teguran serta nasihat.
Keunikan peribahasa ialah mengandungi baris-baris kata yang sedap dan halus. Menerusi kata-kata ini, memperlihatkan bahawa peribahasa merupakan pemilihan kata yang bijak dan telah berakar umbi sejak zaman silam lagi.

kesimpulannya,peribahasa melambangkan kekuasaan dan kebijaksaan individu dalam mengatur perbualan agar tidak mengguris hati mana-mana pihak. Dengan ini,fungsi peribahasa amat tepat untuk menegur,mengkritik dan menyampaikan luahan perasaan dalam keadaan yang santai. Oleh itu, walaupun telah banyak peribahasa baru yang dicipta kita seharusnya mementingkan isi dan nilai yang ada dalam peribahasa agar tidak mendorong kepada kerosakan bahasa kerana peribahasa merupakan warisan sejak zaman silam.
By: AMIN BIN ZAHARIMAN (BC12110010)