UNIVERSITI
MALAYSIA SABAH. 17 November 2013. Sempena Majlis Konvokesyen Universiti
Malaysia Sabah (UMS) yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, majlis Kepimpinan
Pelajar (MPP) dengan kerjasama Pelajar Pengurusan Sains Sukan Tahun 2 dan Tahun
3 telah menganjurkan Larian Konvo UMS kelmarin sempena pengisian Tamu Gadang
2013 yang bermula 21 November ini.
Larian
sejauh 7 kilometer bermula dari Padang Kawad Pasukan Latihan Pegawai Simpanan
(PALAPES) dan berakhir di Pusat Kegiatan Luar (ODEC) UMS. Seramai 240 peserta
telah mengambil bahagian bagi merebut empat kategori yang dipertandingkan iaitu
kategori Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, kategori Sekolah Terbuka Lelaki dan
Sekolah Terbuka Wanita.
Bagi
kategori terbuka lelaki, Ruston Masri muncul johan bagi mengetepikan pesaing
terdekatnya, Frederic Herman di tempat kedua. Manakala, tempat ketiga dimiliki
oleh Louis Muslin.
Kategori
Terbuka Wanita pula menyaksikan Emily Singan terus gagah melangkah hingga ke
garisan penamat untuk dinobatkan sebagai juara menerima RM 250 beserta medel
dan hamper, sekali gus menafikan harapan Chong Vun Lung yang terpaksa berpuas
hati ditempat kedua menerima RM 150 beserta medel dan hamper, disusuli Dora
Suan di tempat ketiga menerima RM 80 beserta medel dan hamper.
Bagi
kategori Sekolah Terbuka Lelaki pula memperlihatkan Jusli Jaiban dari Sekolah
Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) muncul johan disusuli Kenson Rubanjan
dari Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) di tempat kedua. Manakala tempat
ketiga juga dimiliki pelajar SPKS, Samzah Lawis.
Bagi
kategori Sekolah Terbuka Wanita pula menyaksikan pelajar SPKS sekali lagi
mendominasi acara tersebut apabila pelajarnya, Hau Sui Chee dinobatkan sebagai
juara bagi kategori berkenaan. Naib johan disandang pelajar Sekolah Perhutanan
Tropika Antarabangsa (SPTA), Au Hwi Ji dan tempat ketiga dimenangi oleh Wann
Huzida Roza Husin dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE).
Johan bagi
kedua-dua kategori itu menerima hadiah wang tunai sebanyak RM150, medal dan
hamper. Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing menerima RM100 dan RM50
berserta medal dan hamper. Atas kejuaraan yang diperoleh dalam kategori Sekolah
Terbuka Lelaki sekali gus memboleh SPPS turut membawa pulang Piala Pusingan
Larian Konvo 2013.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah
disempurnakan oleh Pengetua Kolej Kediaman CD, Dr. Mohamad Nizam Nazarudin yang
mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk
Dr. Kasim Md. Mansur.
By: Brainiker Anak Telajan (BC12110022)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan