Universiti Malaysia Sabah,
21 November 2013. Sekolah pengajian seni telah menganjurkan program Dialog
Orang Seni (DOS) bertempat di Theatre Ahmad Nisfu pada hari jumaat lalu.
Program ini berlangsung selama dua jam, bermula dari pukul 2 petang sehingga 5
petang. Program ini bertujuan untuk merungkai segala persoalan mengenai
hukum-hakam yang berkaitan dalam bidang seni. Dialog orang seni pada hari
tersebut membincangkan satu topik yang cukup panas iaitu, Haruskah Seni? Ahli
panel yang dijemput untuk menjawab setiap persoalan tersebut, ialah Tuan Haji
Samin Bin Ongki dan Prof. Madya Dr. Suwaid Bin Haji Tapa. Kedua-dua ahli panel
jemputan ini merupakan orang yang berpengalaman dalam bidang agama kerana Tuan
Haji Samin Bin Ongki sendiri merupakan seorang ahli pengarah bagi Yayasan
Dakwah Islam Malaysia (YADIM) cawangan negeri Sabah dan Prof Madya Dr. Suwaid
Bin Haji Tapa merupakan seorang pensyarah dari Universiti Teknologi Mara
(UITM). Oleh itu, pelajar yang hadir pada hari itu dapat didedahkan dengan
jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan haram dan harus dalam bidang
kesenian. Program dialog orang seni (DOS) pada hari tersebut mendapat sambutan
yang hangat apabila penonton yang hadir terpaksa berdiri kerana kerusi yang
disediakan tidak mencukupi. Majlis pada hari tersebut juga, turut diselitkan
dengan persembahan nyayian dan sajak daripada saudara Wan Safrie dan saudara
Mashor bagi memeriahkan lagi program tersebut. Penonton yang hadir sangat
terpukau dengan persembahan yang begitu bersemangat daripada kedua-dua pelajar
ini. Program dialog orang seni sememangnya program yang dapat mengangkat semula
bidang seni yang dianggap rendah oleh segelintir masyarakat. Oleh itu, program
seperti ini sepatutnya diteruskan bagi membuka mata semua orang tentang
kebaikkan dan manfaat yang terdapat dalam bidang kesenian ini.
By : Nor Amiza Binti Abdul
Wahab.
BC 12110102
Tiada ulasan:
Catat Ulasan