Komplek Sukan Yayasan
Sabah, 16 November 2013. Aktiviti ko-kurikulum bagi kursus badminton Universiti
Malaysia Sabah sesi 2012/2013 telah diadakan di Yayasan Sabah bertempat di
komplek sukan pada setiap hari sabtu. Disebabkan jarak antara komplek sukan
dengan kampus agak jauh maka para pelajar terpaksa menaiki bas untuk ke komplek
sukan tersebut. Namun begitu, masalah bas sering menghantui fikiran pelajar
Universiti Malaysia Sabah. Hal ini amat dirasai bagi pelajar kursus batminton
apabila bas yang ditempah khas pada hari tersebut datang lewat dari sepatutnya.
Para pelajar terpaksa menunggu agak lama dan sampai ke komplek sukan agak lewat
dari biasa. Perkara ini amat membimbangkan para pelajar kerana kursus ini
merupakan kursus yang penting bagi pelajar yang mengikutinya. Aktiviti yang
dijalankan bagi kursus badminton sememangnya menarik kerana ianya melibatkan komitmen
daripada semua pelajar. Pada hari tersebut, semua pelajar kursus badminton
dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk melancarkan hari kejohanan
terbuka badminton yang bakal berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 1, Universiti
Malaysia Sabah. Para pelajar diberi amanah dan tanggungjawab untuk memastikan
majlis yang dijalankan pada hari tersebut berjalan dengan baik dan tersusun.
Kursus badminton ini sememangnya menarik dan menguji kesabaran para pelajar
apabila, bas yang ditunggu tidak juga tiba. Para pelajar terpaksa menunggu
selama 2 jam lebih dan akhirnya semua pelajar membuat keputusan untuk pulang ke
kampus dengan berjalan kaki. Persoalannya, sampai bilakah masalah bas akan
terus membelenggu pelajar di Universiti Malaysia Sabah? Dimanakah hak kami
sebagai pelajar?
By: Nor Amiza Binti Abdul Wahab (BC12110102)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan