DIKIR BARAT
Dikir Barat adalah suatu seni tradisional yang paling digemari oleh masyarakat
Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung
dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan
yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara (jogho). Mereka akan mengarut
sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar
dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir
barat ini
boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini
biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis
perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia
tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip
wang. Dikir Barat adalah
permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain.
Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari
bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.
Perkataan
Dikir ialah hasil dari dua
kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian “Karut”
itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi
Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya.
Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di
Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Asal usul
dikir barat dipercayai berasal dari tiga tempat iaitu Selatan siam, Pulau Tebu,
dan Ciptaan Pak Leh Tapang. Dikir Barat dari Selatan Siam diperkatakan tentang
asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam.
Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa
dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan
Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana pada suatu
ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat
daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara
langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika
ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya
ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan
loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan. Manakala,
sejarah terbentuknya dikir barat yang berasal dari Pulau Tebu ini kerana
pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau
memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu
hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah
sedia ada seperti Rebana Besar.
Selain
itu, dikir barat ciptaan dari Pak Leh Tapang diambil sempena nama beliau kerana
kemahirannya dalam dikir barat. Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat
Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah
mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam.
Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di
dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah
dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah
dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada
satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang
memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada
orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa
dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun
untuk menyedapkan lagi dikir barat.
Kebiasaanya,
satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara
dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang). Tukang Karut
merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat.
Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair.
Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut
seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang
dikemukakan tanpa berfikir dua kali. Selain itu, Juara pula merupakan orang
kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum
Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga terpaksa mengarut iaitu di
waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan) , tapi masanya
tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi
Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri. Seterusnya, Awak-awak pula
ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat.
Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada
praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak.
Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua yang dipanggil “Jeragan” jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.
Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua yang dipanggil “Jeragan” jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.
Dikir
Barat merupakan satu seni budaya yang menjadi wajah dan cermin jiwa sesuatu
bangsa terutama bagi masyarakat di Kelantan. Kegiatan atau persembahan seni
budaya di kalangan rakyat ialah puncak kepada corak fikiran, kehidupan, usaha
dan pengalaman harian rakyat. Seni budaya dipertahankan sebagai warisan tetapi
seni budaya juga menghadapi cabaran-cabaran zaman untuk mengalami perubahan.
By: Amin Bin Zahariman (BC12110010)
Brainiker Anak Telajan (BC12110022)
Nor Amiza Binti Abdul Wahab (BC12110102)
Nur Hawani Binti Ya’kob (BC12110124)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan