UNIVERSITI MALAYSIA
SABAH,25 NOVEMBER 2013. Perasmian Tamu Gadang sempena Majlis Konvokesyen
Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-15 telah diadakan di padang kawad UMS
yang baru siap dibina Oktober lalu. Tamu Gadang telah berlangsung selama 5 hari
iaitu bermula dari 21-25 Noverber. Pelbagai program yang telah dianjurkan oleh
pihak UMS untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. UMS juga telah menjemput
selebriti-selebriti antaranya Heliza Helmi, Akim Ahmad, Felix Agus dan ramai
lagi. Selain itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam kalangan mahasiswa
antaranya ialah persembahan silat, UMS got talent yang disertai oleh mahasiswa.
Melalui program ini mampu mahasiswa dapat membuka peluang kepada mahasiswa-mahasiswi yang berbakat dalam
bidang seni persembahan seperti deklamasi sajak, syair, sketsa pendek dan
lain-lain lagi. Johan bagi pertandingan tersebut telah mendapat RM500, naib
johan RM300 dan tempat ketiga mendapat RM200. Bukan itu sahaja, di tamu gadang
juga telah membuka khemah-khemah yang mewakili setiap kolej kediaman seperti
khemah untuk kolej kediaman E, Indah Permai, dan juga khemah bagi pelajar dari
Sekolah Perubatan (SPU). Pelajar SPU telah membuka khemah dimana pengunjung
yang datang boleh merawat kesihatan tubuh badan mereka dengan hanya RM1. Ramai
pengunjung terutamanya mahasiswa UMS yang pergi memeriahkan lagi tamu gadang
sempena Majlis Konvokesyen UMS kali ke-15.
By: Nur Hawani Binti Ya’kob
(BC12110124)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan