Berdasarkan
apa yang di bincangkan didalam program sembang kopi yang bertajuk “PROVOKASI
DALAM PENULISAN MENGGUGAT KEDAULATAN NEGARA” pada 19 April 2013 boleh dibuat
beberapa kesimpulan atau ulasan tentang tajuk yang di bincangkan oleh tiga
orang panel jemputan iaitu En. Khairudin, En. Syarian Syah dan saudara Juhar
Harun. Ulasan yang boleh disimpulkan ialah provokasi mempunyai banyak
keburukan. Provokasi juga di maksudkan sebagai fitnah atau hasutan dan provaksi
juga adalah sesuatu perkara yang mampu mendorong kepada perasaan marah, amarah
atau kepada melakukan perkara-perkara negatif.
Peristiwa
01 Mac 2013 iaitu peristiwa serangan pengganas Sulu di Lahad Datu yang telah
menggemparkan seluruh negara baru-baru ini. Peristiwa ini boleh di anggap
sebagai detik hitam kepada negara ini selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum
yang berlaku pada 13 Mei 1969. Setiap peristiwa hitam yang berlaku di negara
ini telah banyak dirumitkan lagi dengan provokasi yang dilakukan oleh pihak
atau individu yang tidak bertanggungjawab terutamanya di dalam penulisan yang
disebarkan melalui media massa seperti sistem pesanan ringkas(sms) dan
facebook. Sebagai contoh peristiwa serangan Lahad Datu, banyak sms yang
berkaitan perkembangan semasa dan pergerakan semasa pengganas Sulu telah
disebarkan kepada orang ramai. Kebanyakkan maklumat yagg di sebarkan adalah
tidak benar dan tidak mempunyai bukti yang kukuh oleh pihak tertentu dengan
sengaja bagi menakut-nakutkan masyarakat setempat dan seterusnya boleh
menggugat keselamatan negara.
Selain
itu, provokasi melalui sms banyak menjadi punca kepada setiap peristiwa hitam
yang menimpa rakyat di seluruh negara. Ini kerana mereka yang menerima
maklumat-maklumat yang tidak tepat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab,
dan seterusnya boleh membuatkan sesiapa yang menerima sms tersebut mulai takut.
Sebagai contoh, peristiwa serangan di Lahad Datu banyak maklumat yang tidak
tepat dan yang boleh menakutkan orang ramai telah di hantar menggunakan sms.
Dismping
itu, provokasi juga mungkin akan dapat memberi peluang kepada penceroboh untuk
melancarkan serangan terhadap negara. Penceroboh mungkin akan menggunakan
provokasi dalam mengelirukan orang ramai dan juga pihak berkuasa. Ini akan
membuatkan atau akan mencetuskan kekecohan jika mereka menyebarkan maklumat
yang salah kepada orang ramai. Apabila semua orang berada dalam kekalutan ini
akan memberi peluang kepada penceroboh untuk melancarkan serangan. Dengan hanya
menggunakan provokasi mereka mungkin akan dapat melancarkan serangan terhadap
negara dan mungkin akan membunuh ramai orang gara-gara orang ramai mudah
mempercayai sesuatu perkara atau maklumat yang belum pasti dan sahih
terutamanya yang di hantar melalui sms.
Wartawan
yang tidak bertauliah juga menjadi salah satu faktor kepada tercetusnya
provokasi yang tidak tepat terhadap sesuatu kejadian terutamanya peristiwa di
Lahad Datu. Ini kerana mereka lebih mementingkan populariti bagi menarik minat orang
ramai berbanding untuk menyampaikan maklumat yang benar. Mereka ini akan
menokok tambah maklumat yang sedia ada untuk lebih menarik perhatian orang
ramai. Bagi mereka populariti lebih penting daripada orang ramai mendapat
maklumat yang benar-benar tepat. Disebabkan segelintir wartawan yang tidak
bertauliah yang menyebarkan provokasi yang tidak tepat boleh membuatkan sesuatu
keadaan itu bertambah buruk.
Oleh
itu, akibat provokasi semua keadaan akan menjadi lebih panik jika orang ramai
terus mempercayai sesuatu maklumat disampaikan tanpa menyiasat kesahihannya
terlebih dahulu. Sebagai contoh, Universiti Malaysia Sabah cawangan Sandakan
terpaksa ditutup gara-gara penyebaran provokasi yang tidak benar oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana kita lebih mudah untuk terus
mempercayai sesuatu maklumat yang diterima berbanding menyiasat terlebih
dahulu. Kesimpulannya kita harus
menyiasat terlebih dahulu tidak kira apa-apa maklumat yang diterima terlebih
dahulu, agar ia tidak mencetuskan kekeliruan kepada orang ramai kelak.
By: Amin Bin Zahariman (BC12110010)