Dewan Bahasa Dan Pustaka,
26 Oktober. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah telah menganjurkan program
sempena bulan bahasa yang melibatkan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah
dan juga pelajar dari Universiti Teknologi Mara bertempat di 1 Borneo
Hypermall. Pelbagai aktivit menarik telah dijalankan semasa program berlangsung
seperti berbalas pantun, sajak, nyayian, syair dan juga tarian tradisional. Selain
itu juga, penonton yang hadir juga di uji dengan soalan-soalan yang berkaitan
dengan Bahasa Kebangsaan. Penonton yang menjawab dengan betul akan diberikan
hadiah sebagai tanda penghargaan. Program ini sememangnya menarik dan mampu memupuk
minat golongan muda dan masyarakat untuk mencintai bahasa kebangsaan serta
mendedahkan masyarakat tentang warisan silam seperti syair, pantun dan gurindam
yang semakin dilupakan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama semarakkan bahasa
kebangsaan kerana di situ letaknya identiti kita.
By: Nor Amiza Binti Abdul
Wahab (BC12110102)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan